Bismillahirrahmaanirrahiim...
Ehemmm.. hari Selasa lepas (2hb Feb 2010), aku dan 7 rakan lain dah selamat keluar dari mulut Gua Wang Burma II yang kami jelajahi pada sebelah paginya.. rata-rata peserta ekspedisi bangun seawal 6.30 pagi (kalau nak pi kelas, takde maknanya nak bangun awal camtuh kan?) dan mempersiapkan diri untuk menjelajahi Gua Wang Burma I dan II seperti yang dirancangkan pada 1 minggu sebelum hari kejadian..
Bertolak kira-kira jam 7.45 pagi dan sempat singgah membeli sarapan serta mengisi minyak, akhirnya pada jam 9.15 pagi kami selamat tiba di perkarangan Taman Negeri Perlis yang terletak di Kampung Wang Kelian (kira-kira 1 km dari sempadan Malaysia-Thailand dan tapak pasar minggu Wang Kelian)..
Selepas membayar yuran masuk serta bayaran tour guide, kami bergerak ke tapak kem dan bersarapan sementara menunggu tour guide mempersiapkan diri.. kemudian pada jam 10.00 pagi (kalau tak salah, aku pun tak tengok jam sangat) kami bergerak ke hutan dengan dikepalai 2 tour guide.. seterusnya biarlah gambar bercerita..
Berbaju kelabu, abang Bad dan berbaju hijau di sebelahnya, Che' Li merupakan tour guide kami. Sedikit briefing disampaikan sebelum masuk ke hutan.
Che' Li menunjukkan kemahiran memanjat pokok Tongkat Ali yang tinggi tanpa sebarang dahan di bahagian bawahnya untuk mendapatkan daun Tongkat Ali.. memang marvellous aksi tersebut..
Setelah penat berjalan mendaki bukit, baru jumpa sign board ke gua.. guanya lagi 100 meter, tapi ber'posing' punya pasal meningkatkan masa yang diambil sampai jaraknya macam bertambah kepada 500 meter plak..
Bila nak sampai ke gua kalo asyik menyinggah je? Ni sesi belajar anyam ketupat palas.. aku jadi tok gurunya.. sampai dengan tour guide skali blajar dengan aku.. keh keh keh
Okay, ini gua.. dah masuk dalam.. ni adalah pose maut yang diberikan oleh hencek ceiling Gua Wang Burma I
Ini hencek batu kristal-gedabak-besar-tapi-tak-laku kalo jual.. menurut tour guide, kristal ni takde nilai macam kristal yang wat gelang dengan rantai tu..
Ibu-ibu bapak-bapak kelawar yang bersidai di ceiling gua.. bau bahan buangan die kat area tuh takyah cakap ar.. perit tekak beb.. untuk pengetahuan, binatang-binatang yang ada dalam gua termasuk cicak, labah-labah, ular, katak dan serangga-serangga.. katak di gua ni masyaAllah besar.. besar 2 penumbuk lelaki aku rasa..
Batu gua yang menyerupai kepala gajah.. agak-agak ini kerja sumpahan Sang Kelembai jugak ke?
Ohooo.. sesi interframe dari miss purple yang tak purple pada hari tersebut.. siap kene sound dengan hencek Amir lagi pepagi buta: 'korang nak masuk gua watpe nak lawa-lawa? ni pakai perfume ke? orang masuk gua mana pakai perfume? tak pernah masuk hutan ke?' dengan muka tak puas hati beliau jawab: 'TAK PERNAH!'
Subhanallah.. kalimah Allah yang ditunjukkan tour guide di dinding Gua Wang Burma I
Sedia memasuki zon merendahkan diri.. lepas ni dah tak boleh jalan dengan normal.. hanya jalan itik dibenarkan sebab ceiling dan lantai gua semakin menyempit..
Selepas jalan itik, sesi menyulur plak.. macam biawak dah time ni.. tengokla lubang tersebut hanya muat-muat kepala aku je.. whewww.. alhamdulillah lepas, tak sangkut bumper.. keh keh keh
Macam kat dalam perut raksasa kan?? nasib baik aku berfikiran positif time dalam gua, kalo tak, wallahualam laaaa ape yang jadi kan.. WARNING: kat dalam gua kena jaga percakapan, jaga niat sebab ada 2 unsur iaitu baik dengan jahat yang memerhatikan perlakuan kita..
Gua Wang Burma II yang lagi adventure kata Azu.. sebab di sini ada sungai kecil dan laluan sempit dan rendah sampai beberapa orang rakanku terhantuk di ceiling gua..
Akhirnya jam 1.00 tengah hari kami menjumpai pintu keluar gua.. alhamdulillah masih bernyawa, masih waras dan takde sebarang kecederaan..
Air terjun kecil yang terdapat di bawah gua.. air kat sini sangat jernih dan sejuk..
Bergambar kenangan sebelum balik.. cubalah pegi sana.. memang best!!!
Alang-alang dah dekat, singgah Wang Kelian jap.. aku beli kasut baru coz tak bawak kasut tukar.. bayangkan kasut yang basah time keluar dari gua, itulah yang aku pakai sampai ke Wang Kelian sampai kecut jari-jari kaki.. bodo plak rasenye time tuh.. sume bawak kasut spare kecuali aku.. adush!
Pemandangan indah.. sangat indah yang pernah aku saksikan dengan mata aku sendiri.. gambar yang diambil dari atas bukit semasa perjalanan balik.. thanks Azu for the camera..
p/s: masuk gua kene bawak torchlight.. ini bukan gua macam Gua Kelam yang ade lampu, ini memang betul-betul gua yang sangat gelap.. tahap kegelapan dirasai masa sesi padam lampu torchlight.. bukak mata pun tak nampak apa-apa.. hitam pekat macam cat hitam tuh.. kalo nak rasa, pegilah sendiri.. dijamin best!