Thursday, April 1, 2010

Masa Kita Sudah Suntuk

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Pertama sekali, biarlah aku mintak maaf atas apa yang terjadi siang tadi kepada mereka yang berkenaan. Kita manusia memang selalu alpa dan lalai. Tapi aku punya kes lain sikit. Alpa, lalai, sound trouble.. 3 in 1. So mengertilah kalian bahawa aku tidak sengaja. Jadi bila seseorang itu tidak sengaja, wajarkah kita meninggikan suara padanya? Akan runtuhkah langit jika berbicara dengan nada yang normal?

Aku tahu, semua orang punya perasaan. Kalau aku tidak tahu, memang sangat bengaplah seorang makhluk yang bernama Marziana ni. Betul kan? Jadi aku faham bila orang marah. Aku juga pernah marah. Selalu marah. Tapi adakah marah dengan cara meninggikan suara dengan orang lain boleh menghilangkan kesakitan yang ada? Aku juga pernah mengalami situasi yang sama. Pada masa tersebut aku juga marah. Tetapi aku mengambil keputusan untuk mengadu pada sahabatku untuk melepaskan kemarahan. Aku menjauhkan diri dengan bertenang sebelum bersemuka. Kerana aku fikir, kalau aku meninggikan suara aku, pasti orang lain akan terasa bahangnya.

Adakah aku boleh terdorong dalam golongan orang yang bodoh kerana tidak meninggikan suara untuk menyatakan rasa marah dan sakit hati pada mereka? Adakah aku bodoh kerana sanggup menyimpan saja perasaan marah itu semata-mata mahu menjaga 'mood' happy orang lain? Adakah???

Semua orang akan faham jika kita cakap dengan baik. Marah tidak perlu ditunjukkan dengan meninggikan suara. Kecewa tidak perlu ditunjukkan dengan cara yang sama. Kesakitan, kepenatan juga tidak perlu ditunjukkan dengan cara yang sama. Berbicaralah dengan hemah. Pasti semua yang ada akan meminta maaf dengan ikhlas. Pasti semua yang ada akan simpati dan rasa bersalah. Bukankah itu lebih baik? Meninggikan suara akan memulakan sengketa. Kita cuma ada sebulan lebih sahaja lagi untuk bersua muka. Untuk bercanda bersama. Jangan kerana amarah, hubungan akrab ini berantakan.

Maaf kalau masih ada yang rasa tidak puas hati dengan apa yang aku tulis. Ketahuilah bahawa aku juga ada perasaan. Bila disergah dengan nada yang begitu, aku juga rasa marah. Tapi aku bukan orang yang mementingkan diri untuk mengambil tindakan yang sama kerana aku rasa kita tidak perlu bermasam muka atas hal yang sedemikian. Pertimbangkanlah dengan sewajarnya. Jika rasa kecewa, luahkanlah dengan hemah. Marah tidak membawa kemana. Sakit itu tidak hilang dengan marah, malah si syaitan akan lebih gembira dan menghasut kamu agar jadi lebih benci dan kecewa dengan seseorang.

1 comment:

  1. btul mar...
    time tu mmg kami sume ngh mrh..tp kami diam jee..xnk gadoh2..

    perbuatan 'si dia' agk mengejutkn kami..sies ar kami pn x suke cara die..

    leh sy bg cadangan tk,ape kate kite uat perjumpaan,kte brsemuka n settlekn bnde ni..dgn cara yg baik..

    masa kite dh singkat..xnk la gadoh2..huhu

    ReplyDelete