Sunday, May 2, 2010

Saat-saat Akhir 1

Bismillahirrahmanirrahiim...

Akhirnya penantian ini bakal sampai ke penghujungnya. Kalau nak digambarkan dengan klise pejam celik pejam celik, rasa macam tak sesuai. Sebab bukan setakat pejam celik saja yang terlibat. Merangkak, berjalan, berlari, melompat, ketawa, menangis, nakal, lucah semua ada. Haha. Nak-nak pulak masing-masing dah cecah 23 tahun. Cakap dah tak ada yang nak tapis-tapis.

Jadual minggu ni memang sangat pack. Esok petang 3hb last paper untuk 4 tahun pengajian di sini. Tulat 5hb VIVA untuk FYP. Tungging, tunggang-langgang 7hb last dinner dengan mereka yang memahami erti sebuah memori. Kemudian, bertungkus lumus edit final report, submit ke kedai untuk hard cover, submit ke school dan off you go. Nak pergi mana pun pergi la. Nak balik mana pun balik la. Nak makan tidur kat rumah ke, nak jalan-jalan keliling dunia ke, tak ada sape nak halang.

Memori yang tercipta akan tersimpan kejap dalam ingatan. InsyaAllah, jika diizinkan tuhan. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku jumpa korang dan sungguh-sungguh tak kenal, mungkin aku telah kehilangan memori itu. Siapa yang dapat meramal masa depan kan? Tapi aku berdoa moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di suatu masa dan saat itu, kita akan menyelak kembali lembaran memori yang telah terbina kala bergelar student di uni.

Okay. I think I should stop here for now. Study dulu, siapkan slide VIVA dulu. Akan bersambung kemudian okay. Till then, I'm going to wish all 4th year BME student a very good luck. Do well in tomorrow's examination. Maafkan salah silap dan kekasaran aku yang mengguris hati kalian.

Untuk kamu-kamu yang bukan BME student pun, kalau akan menduduki peperiksaan akhir pada minggu ni atau minggu depan, selamat berjaya jugak. Pada yang bekerja, selamat bekerja. Kerja dengan ikhlas dan semangat. Baru rezeki kita berkat.

No comments:

Post a Comment