Showing posts with label TERIMA KASIH. Show all posts
Showing posts with label TERIMA KASIH. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Loser

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hey you! Yes! I'm talking about you. Just telling you that I'm not gonna be a loser. I was born to be a winner. And I'm gonna win this fight! Just wait and see. Who'll be there 'til the end. And this is a warning to you! Never look down on me.!I thought you were very nice. And now I don't think of you as a nice person at all. In fact you are a loser. Who never admit their wronged and keeps on blaming others for their failure.

And guys! I mean 'Dydut opah' and Azu. Thanks for making me smile when I'm about to cry alone. Though you guys weren't here with me, your words keeps me smiling. Million thanks! (^^,)

Monday, October 25, 2010

Walaupun Tak Berduit...


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hari ni masuk minggu kedua pergi kerja dengan dompet kosong.. Waaa.. hebat betul.. wuwu.. Itulah pengajaran bagi orang-orang boros macam aku. Nasib baik hari ni ada kenduri sikit di office dan nasib baik Miss SV mintak aku stay tolong siapkan list nama. So Tak pakai satu sen pun hari ni.

Balik kerja terus menuju ke ATM dengan gagah harapan terkeluar la 3 keping duit kaler merah buat bekalan minggu ni. Itu sajalah harta yang tinggal. Takkan nak korek duit ASB yang ade  sejuta ringgit rupiah tu kan. Hmmm.. Sampai saja kat depan bank, ternampak sorang lecturer/PLV (aku pun tak sure) tengah jalan nak ke ATM yang sama. Teringat pulak zaman student dulu pernah sorang lecturer/PLV bagi not merah time selisih kat restoran Anjung Keli.

Masih tertanya-tanya siapa gerangan lecturer/PLV tersebut sebab dia tak pernah mengajar aku. Tapi jasa baiknya aku kenang sampai mati la. RM10 yang dihulur telah selamat aku belanjakan buat bayar makanan kat restoran tu. Jutaan terima kasih kepada beliau yang begitu pemurah walaupun tak kenal, tetap belanja aku. Mungkin orang yang aku jumpa tadi adalah orang yang sama yang bagi aku not merah hari tu. Sungguh aku tak dapat recall.

Besarnya harapan kalau dia sanggup hulur not merah lagi kat ATM tadi. Wawawa. Mentanglah dah jumpa kat ATM apa kau fikir dia nak kasi kau duit? Haihhh.. Dengan penuh sifat segan silu aku memasukkan kad ATM secara slow motion dan menekan-nekan kekunci di mesin ATM dengan harapan tak ada yang tau baki aku ada RM33 saja.

Akhirnya berjaya mengeluarkan 2 keping not merah.. Huwaaaa.. miskin betul. Esok dah boleh isi borang eKasih untuk diri sendiri kot?Hadoiii.. Gaji next week baru dapat. Tu pun mungkin hari Selasa atau Rabu baru masuk. Ada sebarang suggestion macam mana nak kasi duit tu beranak pinak tak? Haihhh seminggu lebih lagi mau hidup. Ahad mau meneruskan aktiviti lawatan sosial karok sampai lebam pulak.

p/s: walaupun miskin papa kedana, hati berbunga riang macam Taman Tergantung Babylon sebab dapat call dari Dydan.. heheeee. I likeeeeeeeeeeeee~

Friday, April 9, 2010

Futsal

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Oh. Tengok! aku dah tulis entry baru lagi. Semalam beria sangatlah nak merajuk bagai. Thanks pada yang concern. Aku pun rasa pelik dengan diri aku sendiri sebenarnya. Emosi aku jadi tak stabil selepas tragedi Gua Kelam yang masih segar di ingatan. Mungkin sebab pada masa tersebut, rembesan hormon secara berlebihan telah berlaku, jadi aku jadi sensitif tak bertempat.

Jadi amaran keras di sini adalah, beware of your words and attitude towards me in this few days. Karang tak pasal-pasal kena tengking dengan aku. Serius tak terkawal!

Sekarang kaki aku sakit-sakit sebab penangan futsal pada malam Rabu lalu. Thanks kawan-kawan yang sudi berhempas pulas mengejar bola dan menjerit macam nak tangkap ayam di gelanggang. Ini adalah kali kedua aku main futsal selepas setahun. Sakit dia, sampai nak naik motor pun kena angkat kaki slow-slow. Naik tangga apatah lagi. Untuk sampai ke aras 4, aku agak boleh compete dengan nenek kebayan dah. Kalau aku menang pun, sipi-sipi je.

Okay. Tengoklah aksi-aksi profesional kami di gelanggang. Siapa mau match, sila contact PA kami, Sahrizan a.k.a Gori. hahaha. Ye tak? Cubalah risik-risik..

 Antara aksi aku yang sempat di abadikan di lensa

 Semua muka dah blush tahap gaban except Ju. Ini dah surrender taknak main. Pancit lol~

Pose wajib kat depan pintu gol. Thanks Azu for the lense and Gori for the help.

Rasa best plak. Rasa nak main lagi. Kalau sempat kita turun lagi ye kawan-kawan! Coming up soon adalah rentetan peristiwa bowling di Perlis Bowl, Kangar. Tunggu kemunculannya di kaca screen laptop dan PC anda~

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Tidak terucap dengan kata. Hanya air mata kesyukuran yang mengiringi. Allah masih bersama aku walau apa pun yang terjadi. Alhamdulillah...