Friday, June 11, 2010

Declare


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Bunyi macam ada scandal pulak kan tajuk tu? Sebenarnya aku nak tulis pasal kawan aku je. Tapi memang ada kena mengena dengan declare la ni. Ingat declare tu hanya pakai bila kau nak start couple ke? Tu zaman kuno punya pegangan tu. Sekarang dah tak boleh pakai. 

Aku tak tahu lah dia pernah baca blog aku ke tak, atau dia follow blog aku ke tak. Tapi aku nak cakap pasal kau kali ni, kalau kau baca, aku harap kau faham. Kalau tak baca, then one day kalau kau tanya aku kenapa aku buat tak kenal kau, aku akan suruh kau baca entry ni.

Aku tak tahu mana silap aku sebenarnya? Bila aku masuk kolej matrikulasi, bila teringat kat kau, aku pergi CC semata-mata nak online dan chat dengan kau. Aku pernah merajuk sebab kau cakap kau nak tengok TV, takde masa nak chat dengan aku. Macam tu ke sikap kau masa kita berkawan dulu? Aku rasa aku tak pernah terima layanan macam tu sebelum ni.. 

Then bila aku masuk U, aku SMS kau. Walaupun aku rasa sikap kau OK je,  aku masih dapat rasa  sedikit kelainan pada cara kau berSMS. Adakah sebab kita dah dewasa atau salah seorang dari kita yang berubah? Aku tetap anggap kau kawan baik aku. 5 tahun kita bersama, walaupun pernah terpisah sekejap masa form 3, tapi aku rasa hubungan kita tak pernah renggang macam ni. Kita pernah habiskan masa 2 jam bercakap di telefon walaupun siangnya dah puas berkepit ke sana sini di sekolah. Tapi sekarang..

Baru-baru ni aku add FB kau, aku tengok pic kau, tapi aku rasa macam ada satu tembok besar yang menghalang aku daripada comment atau post kat wall FB kau, dan aku rasa tembok itu adalah ego kau dan aku.

Aku juga ada ego aku sendiri. Dan aku rasa aku patut pertahankan ego aku bila aku sapa kau di YM dua tiga kali dan kau tak layan langsung. Kalau nak bagi alasan sibuk pun at least taip je 'bz'.. bukan aku tak paham pun. Tapi bila kau diam, aku rasa macam kau tak perlu kawan macam aku lagi kot? Aku tak cakap aku nak putuskan persahabatan kita tapi, bila kau buat begitu, aku rasa air muka aku juga perlu dijaga. 

Di sini aku nak bagitahu, aku pernah cuba contact kau tapi semuanya macam tak guna.  The last time I met you was during my semester break when I worked as a part timer at kedai Borong Dinhh, dan masa tu aku ingat lagi cara kau bawak diri kau, macam  kita tak pernah kenal langsung. Aku sungguh-sungguh terasa dengan sikap kau masa tu. 

Jadi aku rasa kau tak perlu tunggu khabar dari aku lagi, dan aku juga mungkin tak mahu dengar sebarang khabar dari kau lagi, TIDAK selagi kau tak jelaskan kenapa kau layan aku macam tunggul. 



Kita pernah berkawan dan aku harap kita selamanya kawan. Tapi kau macam tak nampak aku di sini, jadi aku terpaksa berpura-pura tak nampak kau di sana..

4 comments:

  1. ehem eheem


    yeke kawan ni. Tulis la betull betull.

    ReplyDelete
  2. ehem ehem..

    yela, kawan tu..

    ape ke lesbian I nak declare2 dgn pompuan.. isk

    ReplyDelete
  3. ehem ehem
    kawan lu tgh period agaknyer
    mngkin kes peroid sepanjang tahun
    agagagaggagaga~~


    >>___<<


    woooohaaa!

    ReplyDelete
  4. frodo:

    tu bukan period da kalo sepanjang tahun, maybe sindrom2 menopaus kot..

    ahahahah

    wow~

    ReplyDelete