Friday, April 9, 2010

Futsal

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Oh. Tengok! aku dah tulis entry baru lagi. Semalam beria sangatlah nak merajuk bagai. Thanks pada yang concern. Aku pun rasa pelik dengan diri aku sendiri sebenarnya. Emosi aku jadi tak stabil selepas tragedi Gua Kelam yang masih segar di ingatan. Mungkin sebab pada masa tersebut, rembesan hormon secara berlebihan telah berlaku, jadi aku jadi sensitif tak bertempat.

Jadi amaran keras di sini adalah, beware of your words and attitude towards me in this few days. Karang tak pasal-pasal kena tengking dengan aku. Serius tak terkawal!

Sekarang kaki aku sakit-sakit sebab penangan futsal pada malam Rabu lalu. Thanks kawan-kawan yang sudi berhempas pulas mengejar bola dan menjerit macam nak tangkap ayam di gelanggang. Ini adalah kali kedua aku main futsal selepas setahun. Sakit dia, sampai nak naik motor pun kena angkat kaki slow-slow. Naik tangga apatah lagi. Untuk sampai ke aras 4, aku agak boleh compete dengan nenek kebayan dah. Kalau aku menang pun, sipi-sipi je.

Okay. Tengoklah aksi-aksi profesional kami di gelanggang. Siapa mau match, sila contact PA kami, Sahrizan a.k.a Gori. hahaha. Ye tak? Cubalah risik-risik..

 Antara aksi aku yang sempat di abadikan di lensa

 Semua muka dah blush tahap gaban except Ju. Ini dah surrender taknak main. Pancit lol~

Pose wajib kat depan pintu gol. Thanks Azu for the lense and Gori for the help.

Rasa best plak. Rasa nak main lagi. Kalau sempat kita turun lagi ye kawan-kawan! Coming up soon adalah rentetan peristiwa bowling di Perlis Bowl, Kangar. Tunggu kemunculannya di kaca screen laptop dan PC anda~

No comments:

Post a Comment