Bismillahirrahmaanirrahiim...
Bila bersama kawan-kawan, banyak yang nak diceritakan. Harus ada pencetusnya saja, kemudian pasti berlanjutan. Aku pernah buat pengamatan, menjadi pemerhati ketika kawan-kawan berborak semasa zaman sekolah dahulu. Aku dan seorang rakan lain merancang untuk memerhatikan apa saja topik yang dibualkan dua kawan kami. Lantas, perbualan yang bermula daripada sakit gigi berlanjutan hingga ke topik-topik lain seperti jagung bakar dan bla bla bla. Hebat!
So, kalau ada yang hairan, apa yang aku boleh bualkan atau SMS dengan Hamdan sampai sejam dua, sila jangan hairan lagi.. haha.. (Weh, aku da sebut nama ko dalam blog aku neh, kopok lekor jangan lupa bawak balik untuk aku nanti. Souvenir dari Sabah jangan tertinggal plak. heh)
Teringat pulak seorang teman yang dikenali melalui YM. Selalu saja membuat surprise di tengah-tengah malam dengan 1 missed call. Sungguh aku tak gemar. Bila berSMS, jika aku acuh tak acuh, dikatakan aku sombong. Tahukah kau bahawa jika aku tak reply SMS bukanlah sebab aku nak menyombong? Aku mungkin tengah busy dan kepala otak sangat serabut sampai rasa nak baling je handphone bila kau cakap aku sombong. Fikiran waras pastinya menghalang aku berbuat demikian. Bapak aku bukanlah Pengarah Urusan Sony Ericsson (M) sampai aku nak baling handphone bila aku marah kat kau orang.
Dan habit aku pulak, kalo bosan tahap gaban baru aku bukak handphone, scroll satu-satu contacts yang ada untuk cari mangsa nak ajak SMS. Dan biasanya aku akan end up SMS budak Hamdan Kamal. Sebab ape? Sebab die sorang je yang selalu reply SMS aku okeh. Eh, kalau aku tak bosan, aku takde mood nak reply SMS, so maaflah kawan-kawan yang send SMS tapi 2-3 hari lepas tu baru aku reply. Aku memang macam ni.
Aku pernah buat poll tak rasmi kat facebook walaupun sambutan kurang memberangsangkan. Soalan aku :
Malaysia please vote for me!
1. Marr sombong
2. Marr macam sombong
3. Marr ok je
4. Marr cool
Dan jawapan favourite adalah 2. Owh tapi aku tak terasa sebab ada explanation yang mantap dari rakan-rakan. Antaranya berbunyi:
Marr cam sombong. Die kena orang tegur dulu baru die tegur orang. Pastu bila da kenal die akan cakap3 nonstop.
Ahaha~okay, tu memang jawapan orang yang betul-betul kenal aku. I admit it. Aku memang susah nak mulakan dulu. Tapi once I get to know you, then you takkan rasa tenang lagi dengan bebelan aku yang 60 saat seminit, hampir takde rehat. Tapi, kalau baru kenal kau dah buat aku rasa annoying dengan kau, aku memang bolayan je. So faham-faham sendiri. Please la, kalau ada hati nak SMS aku jangan lah mintak aku share kredit RM1 dengan kau. Kau dah bagi bad impression pada aku. Sekali takpe, kalau aku belum cakap takpe. Ni aku dah cakap, kalo takde kredit takyah mintak dengan aku, aku pun lebih kurang kau je. Takde kredit jugak.
Eh, dah lari dari tajuk pulak. Hmm, aku nak cakap pasal kawan jugak ni. Ada kawan yang kita dah lama kenal, bila apa-apa kejadian berlaku depan mata masa kau dengan dia, pastu dia ceritakan pada orang lain di depan kau, cuba kau perhatikan cara dia sampaikan cerita tu. Ada orang ceritanya kaku saja. Takde emosi. Tapi ada yang terlalu menghayati, sampai ter'tokok' tambah pulak cerita tu. Ada la segelintir. Jadi, bila dia bawak cerita yang berlaku masa kau tak ada dengan dia, dengan penuh ke'teruja'an dan ke'ghairah'an, kau perlu extract balik, defrag balik certain part untuk detect mana satu betul, mana satu tokok tambah. Payah jugak sebenarnya.
Kemudian, cerita pengalaman dua orang rakan yang pernah tinggal di luar negara, tempat yang sama, masa yang berlainan dan tempoh yang berlainan. Seorang cakap 4 tahun, seorang lagi cakap 4 bulan. Tapi yang 4 bulan di sana, boleh menghimpunkan setiap pengalaman yang dilalui dan boleh hasilkan buku Hikayat 1001 Malam dengan jumlah muka surat 200 atau 300. Yang tinggal 4 tahun pulak, ceritanya sangat simple, boleh taip dalam 1 ayat di YM. Dan macam tercengang-cengang bila aku ceritakan balik perihal kawan aku yang 4 bulan di sana. Jadi, secara automatiknya, mana satu yang aku nak percaya?
p/s: kalau 4 tahun tinggal disana takkan maksud 'cengeng' pun kau kena tanya aku yang tak pernah ke sana? aku sangat musykil sampai terbit entry ini~
Marr macam sombong. I takda pun number dia. Selalu i tekan tekan. asyik tak kena ja.
ReplyDeletePercayakan cerita. itu imaginasi dunia.
Ahaha..
ReplyDeleteKenapa U takde number I lak?
I dah tulis kat facebook dah..
susah gak nak percaya imaginasi orang lain,
imaginasi sendiri lain cerita.