Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hari ni masuk minggu kedua pergi kerja dengan dompet kosong.. Waaa.. hebat betul.. wuwu.. Itulah pengajaran bagi orang-orang boros macam aku. Nasib baik hari ni ada kenduri sikit di office dan nasib baik Miss SV mintak aku stay tolong siapkan list nama. So Tak pakai satu sen pun hari ni.
Balik kerja terus menuju ke ATM dengan gagah harapan terkeluar la 3 keping duit kaler merah buat bekalan minggu ni. Itu sajalah harta yang tinggal. Takkan nak korek duit ASB yang ade sejuta ringgit rupiah tu kan. Hmmm.. Sampai saja kat depan bank, ternampak sorang lecturer/PLV (aku pun tak sure) tengah jalan nak ke ATM yang sama. Teringat pulak zaman student dulu pernah sorang lecturer/PLV bagi not merah time selisih kat restoran Anjung Keli.
Masih tertanya-tanya siapa gerangan lecturer/PLV tersebut sebab dia tak pernah mengajar aku. Tapi jasa baiknya aku kenang sampai mati la. RM10 yang dihulur telah selamat aku belanjakan buat bayar makanan kat restoran tu. Jutaan terima kasih kepada beliau yang begitu pemurah walaupun tak kenal, tetap belanja aku. Mungkin orang yang aku jumpa tadi adalah orang yang sama yang bagi aku not merah hari tu. Sungguh aku tak dapat recall.
Besarnya harapan kalau dia sanggup hulur not merah lagi kat ATM tadi. Wawawa. Mentanglah dah jumpa kat ATM apa kau fikir dia nak kasi kau duit? Haihhh.. Dengan penuh sifat segan silu aku memasukkan kad ATM secara slow motion dan menekan-nekan kekunci di mesin ATM dengan harapan tak ada yang tau baki aku ada RM33 saja.
Akhirnya berjaya mengeluarkan 2 keping not merah.. Huwaaaa.. miskin betul. Esok dah boleh isi borang eKasih untuk diri sendiri kot?Hadoiii.. Gaji next week baru dapat. Tu pun mungkin hari Selasa atau Rabu baru masuk. Ada sebarang suggestion macam mana nak kasi duit tu beranak pinak tak? Haihhh seminggu lebih lagi mau hidup. Ahad mau meneruskan aktiviti lawatan sosial karok sampai lebam pulak.
p/s: walaupun miskin papa kedana, hati berbunga riang macam Taman Tergantung Babylon sebab dapat call dari Dydan.. heheeee. I likeeeeeeeeeeeee~
kerja sedap sedap pun takda duit kee. elehhh rendah diri pulak.
ReplyDeleteeh. sedap celah mana.
ReplyDeletehaha. gaji ciput2 jee.
betul takde duit ni..
hutang keliling pinggang..