Showing posts with label BENGANG. Show all posts
Showing posts with label BENGANG. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Should I Say... F?

Yeah I know it's kinda rude for a girl to be saying it publicly, that's why I just write the initial of the word. I think everyone understand that really well right? I never thought that those kind of people still exist in this world. Well you might be anyone right? Doctor, Engineer, Student or whoever. Your English might be better than me. So what?

There's a saying practice makes perfect. I know maybe some of you find that me, writing in English were kinda disgusting or stupid or whatever. And I just can't smile and say I don't give a damn! Just because you caught few wrong spelled words or grammar mistakes or whatever, you can't judge me like I'm an ignorant person. I'm learning to be better. That's why I write. If I think I'm already good, I don't need to be wasting my time, referring to the dictionary and Google just to get the right words.

And oh! Please don't tell me I'm wasting your time because I'm not the one who went to you and pulled your hair/ears to visit my page. Well everyone have a brain and I think you should use more of your brain before you said/write something. You just showed me that you're someone with no brain when you said those things to me. Really~

Tuesday, February 1, 2011

The truth is...

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Here's my advice. Always think twice before leaving your comment on your friend's wall. You must know, although displayed publicly, you should not just go and interrupt some conversation like it was a forum or something. Some moments are like a priceless treasures for them. And then suddenly you came and ruined everything. The perfect weather, cool breeze and nice scent, it was all taken away by you only by few words that you thought was a joke. I'd like to say: Hey! It's not funny at all.

Saturday, January 1, 2011

2011

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Dah masuk 1 Januari 2011 dah pun. Nothing to celebrate. Just another day passing by. Azam tahun baru? Jangan tanya. Aku tak suka berazam-azam ni. Lebih kepada planning saja. Azam ni macam tak boleh pakai je. Asal tahun baru mesti nak berazam. Lepas tu, azam entah kemana.

Aku cuma plan untuk memenuhkan wishlist secepat mungkin. Biarpun nampak simple, tapi bagi orang yang tak berduit dan bergaji kecil macam aku, susah la jugak nak dapatkan benda-benda tu. Jomlah aku kongsikan wishlist aku kat sini. Kot-kot ada yang nak kasi birthday present pada 30 Januari nanti. Heheh

1. Motosikal Baru
2. DSLR
3. Mini Notebook
4. Kereta Baru

Okay, sesiapa yang nak pos hadiah masa birthday aku nanti silakan mintak alamat nanti ya! Haha..

Wednesday, October 27, 2010

Loser

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hey you! Yes! I'm talking about you. Just telling you that I'm not gonna be a loser. I was born to be a winner. And I'm gonna win this fight! Just wait and see. Who'll be there 'til the end. And this is a warning to you! Never look down on me.!I thought you were very nice. And now I don't think of you as a nice person at all. In fact you are a loser. Who never admit their wronged and keeps on blaming others for their failure.

And guys! I mean 'Dydut opah' and Azu. Thanks for making me smile when I'm about to cry alone. Though you guys weren't here with me, your words keeps me smiling. Million thanks! (^^,)

Tuesday, June 15, 2010

Kebodohan Yang Melampau


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Kehabisan kudrat untuk meneruskan hidup untuk hari ini. Bukan maksud aku nak mati. Tapi hari ni memang sial sekali. Bangun dengan semangat nak pegi kuliah communication. Semangat sebab apa yang diajar dapat difahami. Jadi, dengan badan lesu tak makan semalaman, bergerak ke parkir moto.

Masukkan key pada lock dan pusing. Pusing dan pusing. Pusing dan pusing dan pusing lagi. Tak boleh buka. Kenapa ni??? Pusing dan pusing dan pusing dan pusing lagi. Tetap macam tu juga. Jam dah pukul 10.32 pagi. Lambat 2 minit dah. Cuba lagi. Dari posisi tunduk terus kepada posisi mencangkung. Dengan penuh harap mencuba agar terbuka kunci. Gagal.

Dalam kepala ligat memikirkan cara. Call ayah? Cari tukang kunci? Inform staf keselamatan kat pondok depan? Takkan nak susahkan ayah semata-mata kunci jahanam tu. Jalan ke pondok keselamatan untuk mintak bantuan. Seorang jaga muda terbit, dan meminta aku tunggu staf keselamatan uni datang. Alasannya takde orang nak jaga kat  pondok. Padahal kau bukan duduk kat kaunter pun. Duduk kat ceruk belakang tengah buat apa ntah.

Berjalan kembali ke parkir moto. Cuba bersabar dan menunggu bantuan sampai. Duduk di pinggir longkang dan bersandar di dinding. Baru teringat sesuatu! Telapak tangan pantas digosokkan pada dinding. Putih dengan cat kapur. Jaket dibuka dan sah, memang penuh dengan cat kapur di belakang jaket tempat aku bersandar. Sial lagi.

SMS bagitau kawan extra lock rosak. Tunggu staf keselamatan datang tolong. Tapi hati tak tenang. Entah bila bantuan yang diharapkan sampai. Lantas aku cuba lagi memutar anak kunci dengan harapan. Duduk di lantai dan cuba intai ke arah lock. Macam something wrong. Cuba ketuk dengan tangan. Ada cebisan terpelanting dari dalam lock. Dah reput rupanya lock tu. Bukan setakat dalam hati, di bibir pun tak lepas-lepas menyesali kebodohan membeli extra lock di kedai buruk tu. Mesti stock lama ni sampai reput besinya.

Nampak gaya anak kunci memang tak boleh pakai langsung. Cuba cari apa-apa yang berat untuk hentam lock sampai terbuka. Ternampak batu besar di tepi bangku. Terus amik batu dan mula mengetuk lock. Tak berhasil. Apa lagi nak buat? Dah pukul 11. Beg yang digalas aku selongkar. Mencari apa-apa yang patut. Teringat test pen dalam pencil box. Keluarkan test pen dan cuba masukkan kat dalam lubang anak kunci yang dah serpih. Lepas beberapa cubaan, tukar cara lain. Cuba cungkil serpihan besi dalam lock dan korek sampai semua serpihan keluar. Akhirnya terbuka.

Alhamdulillah. Dengan lock di tangan, berjalan ke arah pondok keselamatan dan tunjuk pada jaga tadi. Aku bukan perempuan lemah dan bodoh. Tahu naik motor tapi bila ada masalah kena hantar kedai. Kena mintak tolong lelaki. Pantas menghidupkan motor dan memecut ke kelas. 11.10 pagi sampai. Nasib baik kelas dekat. Tangan menggigil toksah nak cerita. Semua kudrat aku dah dihabiskan pada cubaan membuka lock jahanam tu.

Letih dia toksah cakap. Rasa nak menangis saja. Separuh tumpuan hilang semasa kuliah. Sesuatu yang merugikan. Sekarang pun rasa letih tu masih bermaharaja lela. Tambah-tambah, balik kuliah terpaksa meredah hujan lebat. Ada pulak kereta yang tak prihatin simbah air dari lopak jalan, walaupun dengan tak sengaja rasa macam nak baling saja lock jahanam ke cermin kereta tu biar pecah. 

Friday, March 19, 2010

Situasi

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Situasi 1:
Malam tadi niat dalam hati, esok aku nak turun bilik TV nak menonton drama My Fair Princess pukul 2.30 p.m. Pagi tadi bukak laptop terus check assignment, bukak image-image yang Amir scan untuk divide tugas. Perut lapar tanpa breakfast dan lunch ditahan dengan niat nak ajak geng bas sekolah pergi makan kat gerai MPK. Mata elok dah terbayang kuew tiao kerang dengan ice blended (RM5 je kalo makan menu ni, untung kan?).. Sabar-sabar. Kata hati. Nak makan ramai-ramai kena tunggu petang sebab yang lain semua dah lunch. Okay, assignment part aku dah siap. Rasa macam something wrong. Ada yang aku tertinggal ni. Tengok jam pukul 3.50. Ahh.. aku lupa tengok My Fair Princess lagi!

Situasi 2:
Bekalan air minuman dah habis. Completely out of stock. So mengendenglah aku bawak botol air nak refill kat RO machine. Pergi kat tempat biasa depan kedai BATA kat Kangar, ada orang tengah guna. Jeling-jeling level air kat machine tu, low. Kalau tunggu pun tak berbaloi. So, decide pergi Taman Sena Indah kat roundabout. Aku sorang je yang gigih refill air dalam botol-botol yang aku bawak. Nasib baik dapat pau kereta. 1 botol 5 liter + 4 botol 1.5 liter. Duit yang dibelanjakan untuk refill RM2.20 kalau tak salah. Balik bilik, dah dehydrate. Laju-laju bukak botol air dan teguk air rakus-rakus. Pehhh. Apasal air ni ada rasa lumut?? Siotttt.. Ni ade dekat 10 liter lagi belum minum, cemane nak buat??

Situasi 3:
Pernah nampak siput tak? Mesti pernah kan. Siput alaf baru pernah jumpa? Mesti ada yang tak pernah. Ni aku nak share siput-siput yang aku jumpa malam ni. Dah lama dah tak jumpa diorang ni..

Time ni dia punya estimated dah kurang. Time mula-mula dihantar, dia boleh estimate 9 jam untuk complete transfer. Oiiii, malam ni memang betul-betul menguji kesabaran!!!

Ini lagi 2 ekor siput babi..oiiiii

Situasi 4:
Pejam celik dah 2 bulan lebih aku duduk rumah B6-A4-1B ni. Yang aku tau rumah ni ada 3 orang Melayu termasuk aku + 2 orang Chinese. Tapi malam ni tiba-tiba depan pintu bilik aku berkumandang lagu-lagu Bollywood dengan volume bingit dari handphone. Tak agak-agak kottt budak ni nak pasang lagu punnn. Aku dah la tengah merengggg nak combine assignment , kau boleh pulak buat disco dangdut Bollywood depan bilik aku. Haiii siamanggg... Takkan nak kena aku keluar, hempas pintu kuat-kuat baru nak pahammmm? Tapi memang makhluk tu tak paham. Jadi aku pun tolong bagi dia paham. Aku pun nak dengar lagu jugak. Bukak Winamp, add folder chinese song pastu bukak volume 1/2 dari master volume. Sambil-sambil tu ngumam-ngumam je ikut lagu walaupun taktau nyanyi. Okay. Beberapa minit kemudian, senyappppp.... Bagusssssssss!

Thursday, March 11, 2010

Peraturan : Tidak dibenarkan bergaya untuk ke kelas

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Macam biasa, hari Rabu aku kena pergi lab jumpa hencek SV. Tunjuk apa yang patut, tunggu dijatuhkan hukuman kalau ada yang tak kena. Gila relax sangat sampai method nak run project pun belum jumpa. Harapan tinggi menggunung nak dapat A, nak grad sama dengan kawan-kawan. Tapi habuk pun susah nak jumpa. Pergh.

Ah. Malas nak cerita part FYP. Moga aku bakal menemukan jalan kebenaran. Itu je harapan dan doaku. Aamin.

Okay, cukup. Bukan nak cakap pasal FYP di sini hari ini. Tapi disebabkan peristiwa yang bakal diceritakan berlaku semasa perjumpaan FYP dengan hencek SV, maka sedikit terkeluar dari tajuk. Kembali ke niat asal.

Amaran: Cerita ini bukan ditulis dengan niat perasan atau untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar meluahkan pendapat dan perasaan agak tidak puas hati dengan teguran seseorang.

Buat para pembaca (banyak la para..sape ntah yang nak baca) yang tersesat ke sini, selamat membaca. Dah-dah. Okay, rasanya korang yang membaca ni (walaupun ada sorang-dua je) mestilah student macam aku. Tak pun penah jadi student. Persoalannya, korang ada baca tak buku peraturan pelajar part etika pemakaian ke kelas? 

Kalau tanya aku, aku rasa aku pernah baca. Rasa je. Maybe masa sekolah dulu. Maybe masa kat uni skarang. Tak ingat plak. Tapi nak tanyalah, ada ke dalam buku peraturan tu cakap tidak dibenarkan bergaya untuk ke kelas? Ada? Err, rasanya takde sapa nak jawab. Meh aku jawab sendiri. Takde. Kot. Heh

Okay. Alkisahnya masa nak pergi lab, time nak siap, bukak locker tengok baju mana yang nak pakai. Ada la dua tiga helai baju. Dah nama pun dua tiga helai, pilih satu-teringat minggu lepas dah pakai pada hari yang sama time jumpa SV. Okay, pilih lagi satu, try on-macam singkat plak lengan dia. Lagi satu, baju hitam. Gila apa tengah panas terik merempit pakai baju hitam. Tengok baju yang lain macam baju nak pergi jalan-jalan makan angin plak. Mana pergi t-shirt aku lagi pun tak tau.

Last-last decide pakai inner dengan jaket jeans je. Seluar plak, sarung jeans jugak. Shawls lilit sekali pastu sarung jaket. Habis citer. Simple je. Kasut, pakai sandal beli kat Wang Kelian murah-murah tapi cantik bergaya. Niat sebenar, berpakaian simple sebab takde baju nak pakai. End.

Sampai bawah nak pergi amik motor, seseorang ni tegur aku. 'Cantik jaket hang.' Aku diam je. Tadi cakap takut hencek SV mad sebab lambat. Tak kuasa aku nak beramah mesra bila dah warning aku macam aku je yang selalu lambat. Pecut motor lebih kurang. Bawak muatan ni bahaya nak buat aksi Remp-It lebih-lebih. Anak orang tu. Jadi apa-apa sape nak jawab. End.

Sampai lab, ushar line, hencek SV tengah busy discuss dengan SV-SV lain. Beberapa orang coursemate tengah busy run FYP masing-masing. Sementara menanti hencek SV, sempat berlegar-legar di dalam lab mencuri perhatian seorang-dua coursemate. Mengeratkan silaturrahim namanya.

Tiba-tiba seseorang itu menegur aku lagi. Aku pun tak ingat ayat dia. Maybe 'Cantik jaket hang' atau 'Bergaya hang hari ni'. Memang tak ingat. Yang aku ingat aku balas balik 'Ni je baju yang aku ada hari ni. Taktau nak pakai apa dah..'

Seseorang itu membalas lagi 'Pakai yang biasa-biasa sudahla.. bergaya sangat ni'. Aku start tak puas hati. Masih menekankan jawapan yang sama kot-kot dia tak faham ayat aku awal tadi. 'Loh.. ni je baju yang aku ada hari ni.. nak pakai baju biasa-biasa apa lagi.. ni dah biasa la ni'. Pergh. Part mana dia tak puas hati pun aku tak tau. End.

Okay, persoalannya sangat tidak wajarkah aku pergi jumpa SV je pun pakai seluar jeans dengan jaket jeans? Pergh. Tak puas hati. Hencek SV tak de plak tegur aku 'Awak ni macam Rock Star plak hari ni. Semua nak jeans'. Sumpah takde.
 
Okay. Inilah gaya Rock Star yang tak Rock dan tak Star langsung yang aku pakai semalam.

Kasut Wang Kelian murahan bersama jeans free yang di'pau'. Sila abaikan kaki yang kehitaman itu. Hitam itu menawan kot.

Jaket jeans Esse One sales City Plaza Alor Star bersama cebisan shawl hijau lumut yang dipakai.

Gabungan jaket dan seluar jeans murahan. Abaikan ketidakserasian warna alam itu. 

Apa macam? Inikah yang dinamakan bergaya? Pergh. Agak-agak boleh masuk bakal artis baru paling bergaya dalam TOP 10 HIP TV kat TV9 ke? Ceh.

Wednesday, February 10, 2010

Tekanan

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Laptop buat hal lagi.. kali ni memang muktamad die tanak ON bila aku cabut RAM.. gila tekanan.. macam-macam nak kene buat semua nak pakai laptop tuh.. ni terpaksa pinjam dengan adik sepupu aku yang kat Matrik Arau jap..

Aku rasa memang kene beli baru dah menatang ni.. memang tekanan tahap gaban la dengan pe'el si ACER tuh.. pasnih takmo beli ACER dah.. huhhhh..


Wednesday, February 3, 2010

Gila

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Laptop aku buat gila lagi.. bila nak ON, stuck masa loading ACER punya window (sebelum keluar OS punya loading).. bila tekan F2 untuk setup, stuck lagi.. memang macam haram!

Aku bukak RAM, cabut, pasang balik dan try ON, okay plak.. camni la nasib.. setiap kali OFF dan nak ON balik kene cabut RAM.. sebenarnya aku tak tau ape masalah.. cuma saje gatal-gatal cabut RAM.. bila macam jadi je, aku buat jela kan..

Err, sape ade idea apa yang berlaku pada laptop aku? dan kalo ada cadangan solution yang terbaik, sila suarakan.. thanks~

Friday, December 25, 2009

Semak Label~EJA SATU-SATU

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Loan da masuk!!! Tapi tadi takdela sampai Padang Besar aku enjoy.. stakat masuk Watson and Guardian je beli toiletries yang da habes.. Yang aku sempat sambar adalah Refill pack of Johson pH5.5 with Honey + Fresh & White Apple Mint + Hair Shampoo.. total lebih kurang RM37.00 - dapat ler 2 big headz stamp..

Punye besh la kan.. balik, dengan excited nak mandi dengan shampoo baru.. da 2 hari aku mandi pakai shampoo clear for men milik Asy dan Syampu Safi Limau Purut milik Mak Su aku.. Akhirnye dapat mandi dengan shampoo sendiri..

Dengan excited aku bawak botol shampoo masuk bilik mandi and mandi.. time nak pakai shampoo, aku pon picit la botol tuh.. erk, apasal shampoo die pekat semacam je? takkan sebab shampoo untuk hair repair design die cemtuh.. aku pon amik botol shampoo tuh and bace lagi skali..

Jeng jeng jeng!!! apela ngok sangat mate 4 pon boleh salah amek? Ciss.. rupenye bukan shampoo yang aku beli.. CONDITIONER.. Cilake btol lah.. cemane boleh dok tenung botol tuh dekat 5 minit kat Guardian tadi, tapi tak perasan menatang alah tu adalah CONDITIONER? Ergh!!! Mahal dowh RM19.90

Tak penah aku buang tebiat beli conditioner sampai dekat RM20.00.. Cissss.. Nak pi tukar, da pakai.. pasrah je la.. alang2 da pakai, kene habiskan la.. Aaaahhh.. satu keje lak sok nak kene gi beli shampoo lagi.. conditioner je dah RM19.90 shampoo die aku tak tau la baper harga..


Percubaan menggunakan hair treatment brand TRESemme.. ni la CONDITIONER yang aku ingatkan shampoo tadi.. tak penah aku jumpe conditioner dalam botol camneh.. mati2 aku ingat shampoo