Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Yummy! Chocolate Moist ~Resipi Campak-Campak



Bismillahirrahmaanirrahiim...

After 9 months being so busy, working like a maniac, finally I'm able to take 2 days leave before the working contract ends. Then, suddenly I don't even know what to do anymore. Cooking maybe? Hmm, so I end up baking this chocolate moist cake last night. 

The recipe? Simple and easy. You know me, I'm someone who do things as I pleases, forget about the quantity of the ingredients. Haha, as long as I have all the ingredients, there's no need to weigh everything accordingly. All I do is put some here and there and bake. And Alhamdulillah it works! 

Resipi:

1 1/2 cawan tepung gandum (plus minus sebab tak sukat pun)
1 ketul buttercup
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh vanilla essence
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
4 sudu besar serbuk koko
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:

Pukul buttercup, kemudian masukkan gula. Pukul lagi sampai sebati dan masukkan telur. Seterusnya pukul adunan tersebut sampai kembang. Masukkan vanilla essence, baking powder, bicarbonate soda dan kemudian masukkan tepung gandum, pukul sehingga sebati.

Seterusnya masukkan susu pekat dan air suam sedikit demi sedikit dan pukul  lagi sehingga sebati. Sapukan margerin pada bekas kek sebelum adunan yang telah siap dituang dan dibakar. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 145 darjah dan bakar kek selama 45 minit.

Untuk topping, tak sempat buat sebab tak cukup bahan.. later on kalau sempat buat, aku publish lagi.. Enjoy your cake!

Thursday, March 11, 2010

Bukti Kukuh


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Ingat entry beberapa hari lepas pasal resipi donat montel? Sila refer sini untuk resipi dan gambar. Dimaklumkan bahawa gambar tersebut adalah gambar first time aku buat donat. Memang tak nampak kemontelan cik donat di situ. Hari ni aku ada snap gambar terkini hasil donat yang aku buat. Memang montel. Tapi taktau la korang tengok kot-kot tak cukup montel. Kalau tak puas hati lagi boleh service kereta atau beli tiket bas datang Perlis untuk tengok dengan mata sendiri. Okay.

Mempersembahkan cik donat montel...













































































Tadaaa!!!!

p/s: pinggan tersebut saiz standard pinggan nasi kat tempat kenduri. bukan pinggan mini okay!

Saturday, March 6, 2010

Resipi Campak2 - Donat Montel~

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hurmm.. Nampak pelik gak nama tuh. Tapi aku saje nak highlight perkataan montel tu sebab lain daripada yang lain. Credit to Shuib yang telah mengeluarkan pernyataan comel tersebut ketika aku menghidangkan donat yang aku sediakan untuk beberapa orang rakan hari tu.

Biasanya orang cakap donat gebu, tapi kali ni biarlah nampak lain sikit dengan nama donat montel tuh kan.

Okay, let's see macam mana nak sediakan donat montel versi campak-campak.

Bahan untuk 12-14 biji :

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1 paket yis segera (11 gram)
1 biji telur ayam
1 sudu besar (penuh) margerin
3 sudu besar (penuh) susu pekat
2 sudu besar gula halus (gula pasir yang dikisar)
1 cawan air suam
sedikit garam (lebih kurang 2 cubit)

Cara penyediaan :


Tepung gandum, tepung roti, yis segera, gula halus dan garam di campur dan digaul bersama di dalam mangkuk yang besar, kemudian buat satu lubang ditengah campuran tersebut. Masukkan telur dan margerin kemudian uli sebati. Tambah susu pekat dan uli lagi.  Seterusnya tambah air suam sedikit demi sedikit dan teruskan menguli sehingga adunan membentuk satu doh yang licin.

Setelah doh terbentuk, tutup mangkuk dengan kedap dan biarkan doh selama 1 jam. Selepas 1 jam, doh akan kelihatan mengembang besar. Bahagikan doh kepada 12-14 bulatan kecil dan buat lubang di tengah setiap doh. Tarik-tarikkan lubang di tengah supaya menjadi besar seperti gelang.

Setelah siap, biarkan doh kecil tadi selama 20-30 minit supaya ia mengembang lagi, kemudian barulah digoreng dengan api yang sederhana. Selepas siap digoreng, biarkan minyak kering, kemudian gaul bersama gula halus.

Siap! Dah boleh berniaga donat lepas ni kalo dah lulus.

Donat pertama yang aku buat. Ini masih peringkat saya budak baru belajar. Sekarang hasil dia nampak lebih montel dan cute. Lebih cute dari pic ni. Selamat mencuba! (^^,)

***update***
untuk pic donat montel yang sebenar sila klik sini 

Sunday, December 20, 2009

Resipi Campak2 - Mee Kuah


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Seperti yang diuar-uarkan mengenai kegemaran aku iaitu memasak, hari ni aku nak kongsi cara aku masak mee kuah.. cam yang tertulis kat atas tuh, resipi campak2 je.. alahhh.. janji ada umph.. heheh~

Okeh. Resipi mee kuah aku biasa2 je.. sangat simple.. jom tengok!

Bahan-Bahan:

500gm mee dicelur
3 biji tomato dipotong 4 setiap 1
15 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
5 sudu besar sos cili
fishball - sebanyak mana yang suka
1 keping tauhu dipotong suka hati - aku potong sederhana je
500 gram daging - lebih kurang je.. tak kuasa I nak timbang camtuh~
2-3 biji telur ayam direbus
Sawi - celur
Taugeh dibersihkan je
Garam secukup rasa
Sedikit Ajinomoto
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Bahan2 bertanda * dikisar halus

Daging dibersihkan dan direbus dengan 1 liter air hingga 1/2 masak.. keluarkan daging dan hiris nipis. Masukkan kembali ke dalam air rebusan

Panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang hingga naik bau.. Masukkan bahan yang telah dikisar, sos cili serta tomato dan biarkan mendidih..

Masukkan daging dan air rebusan serta tauhu dan fish ball.. biarkan mendidih lagi skali.. masukkan garam secukup rasa serta sedikit Ajinomoto.. kalo kuah nampak sikit, tambah je air..


Dah siap! mudah kan? boleh la dihidang untuk santapan.. heheh.. ni ade aku snap pic mee kuah yang aku wat.. first time masak mee kuah.. siap gaduh2 lagi dengan ayah aku.. itu salah, ini tak kena.. last2 licin gak pinggan die kan~





p/s: aku kalo masak, jangan ade yang tanye or komplen2, nanti aku tinggalkan aje dapur tuh, bagi korang plak masak.. baru ada akai!!!

Wednesday, December 2, 2009

Bikin Satay!

Bismillahirrahmmanirrahiim...

Hello there~
Kali ni aku nak share aktiviti yang aku wat malam tadi.. mesti korunk da tau bila tengok title ntuk entry aku ni kan kan kan?? Disebabkan daging korban still melambak kat dalam freezer, aku pon decide nak wat satay semalam.. So ape tunggu lagi? Jom tengok resipi ape yang aku pakai eh (aku alter resipi sendiri ni) .. Nanti bleh try sendiri lak..

Bahan:

1kg daging lembu dipotong kecil lebih kurang 1.5cm x 1.5cm (Kalo nak potong besar ckit pon OK jer)



Bahan mentah

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit air (agak2 boleh jalan je blender~kalo banyak nanti cair, xlekat plak rencah kat daging)


Bahan mentah yang dikisar

Daging yang dipotong tadi dicuci dan ditoskan untuk keringkan air.. Pastuh gaulkan je bahan kisar dan daging sampai sekata dan perap daging.. paling kejap 3 jam, paling lama nak perap semalaman pun takpe..

Aku wat bahan perap ni tengah hari dalam kol 12.. then malam dalam kol 8 start bakar satay..

Okeh proceed untuk kuah kacang plak...


Bahan :

200 gm kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
1 cawan air asam jawa
6 sudu besar gula merah/gula melaka
1/2 cawan minyak masak
15 biji cili kering*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 batang serai*
2 cm halia*
2 cm lengkuas*
3 sudu besar udang kering*
1 sudu kecil jintan manis*
1 susu kecil jintan putih*
garam dan gula secukup rasa


Cara:

Air asam jawa dan gula merah/gula melaka digaul bersama. Kemudian masukkan kacang yang dah dikisar ke dalam campuran tersebut.

Bahan-bahan bertanda * dikisar bersama sedikit air.


Bahan yang dah kisar + campuran air asam

1/2 cawan minyak masak tadi dipanaskan dalam kuali.. then tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.. next, masukkan je campuran air asam yang dah disediakan tadi ke dalam kuali.. masukkan garam dan gula mengikut citarasa korunk.. kalo pekat sangat, masukkan air cikit coz nanti nak masak sampai naik minyak..

Time aku tengah prepare kuah, mak dengan adik aku tolong bakar satay.. hehe.. bijak punye strategi kan.. aku tak mo bakar satay coz banyak asap and api yang panas.. tapi mak dengan adik aku hepi je dapat bakar satay tuh, yelar.. masak je 1 cucuk satay, ngap~ patut la da lame bakar pon, kuantiti satay yang masak tak bertambah2..


Satay yang tengah dibakar



Da siap!!

Tips: rendam lidi cucuk satay 2 jam dalam air ntuk elakkan lidi hangus time tengah bakar~

Haa... akhirnye lepas bertungkus lumus, dapat gak makan satay free~ ehee.. sebelom ni kene beli, skang da reti wat sendiri manyak untung wooo... okeh.. nak tau rase die? sedap.. lbey kurang dengan satay beli je rase.. tapi yang specialnye kalo satay beli biase dorunk taruk manyak lemak.. satay wat sendiri lbey mantap!!

That's all for now.. till we meet again~