Saturday, March 6, 2010

Resipi Campak2 - Donat Montel~

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hurmm.. Nampak pelik gak nama tuh. Tapi aku saje nak highlight perkataan montel tu sebab lain daripada yang lain. Credit to Shuib yang telah mengeluarkan pernyataan comel tersebut ketika aku menghidangkan donat yang aku sediakan untuk beberapa orang rakan hari tu.

Biasanya orang cakap donat gebu, tapi kali ni biarlah nampak lain sikit dengan nama donat montel tuh kan.

Okay, let's see macam mana nak sediakan donat montel versi campak-campak.

Bahan untuk 12-14 biji :

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1 paket yis segera (11 gram)
1 biji telur ayam
1 sudu besar (penuh) margerin
3 sudu besar (penuh) susu pekat
2 sudu besar gula halus (gula pasir yang dikisar)
1 cawan air suam
sedikit garam (lebih kurang 2 cubit)

Cara penyediaan :


Tepung gandum, tepung roti, yis segera, gula halus dan garam di campur dan digaul bersama di dalam mangkuk yang besar, kemudian buat satu lubang ditengah campuran tersebut. Masukkan telur dan margerin kemudian uli sebati. Tambah susu pekat dan uli lagi.  Seterusnya tambah air suam sedikit demi sedikit dan teruskan menguli sehingga adunan membentuk satu doh yang licin.

Setelah doh terbentuk, tutup mangkuk dengan kedap dan biarkan doh selama 1 jam. Selepas 1 jam, doh akan kelihatan mengembang besar. Bahagikan doh kepada 12-14 bulatan kecil dan buat lubang di tengah setiap doh. Tarik-tarikkan lubang di tengah supaya menjadi besar seperti gelang.

Setelah siap, biarkan doh kecil tadi selama 20-30 minit supaya ia mengembang lagi, kemudian barulah digoreng dengan api yang sederhana. Selepas siap digoreng, biarkan minyak kering, kemudian gaul bersama gula halus.

Siap! Dah boleh berniaga donat lepas ni kalo dah lulus.

Donat pertama yang aku buat. Ini masih peringkat saya budak baru belajar. Sekarang hasil dia nampak lebih montel dan cute. Lebih cute dari pic ni. Selamat mencuba! (^^,)

***update***
untuk pic donat montel yang sebenar sila klik sini 

2 comments:

  1. montel celah mana ni?
    :P

    tengok gambar tak montel pong.takpa.ada kemajuan.

    ReplyDelete
  2. haihh.. tu kan cakap cubaan pertama..

    belum montel lagi..

    yang after-after tuh da start montel..

    nanti bila buat lagi I update pic die..

    ReplyDelete