Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Thanks LIBRESSE!!!

Bismillahirrahmaanirrahiim...

2 weeks ago I received a small package from LIBRESSE Malaysia.. And it look like this :


So let's take a peak inside it!

Interested to try? Go to http://www.livelibresse.com.my/ to get your free sample! Yes, it's FREE! Why don't you guys give it a try?

Friday, April 1, 2011

Yummy! Chocolate Moist ~Resipi Campak-Campak



Bismillahirrahmaanirrahiim...

After 9 months being so busy, working like a maniac, finally I'm able to take 2 days leave before the working contract ends. Then, suddenly I don't even know what to do anymore. Cooking maybe? Hmm, so I end up baking this chocolate moist cake last night. 

The recipe? Simple and easy. You know me, I'm someone who do things as I pleases, forget about the quantity of the ingredients. Haha, as long as I have all the ingredients, there's no need to weigh everything accordingly. All I do is put some here and there and bake. And Alhamdulillah it works! 

Resipi:

1 1/2 cawan tepung gandum (plus minus sebab tak sukat pun)
1 ketul buttercup
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh vanilla essence
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
4 sudu besar serbuk koko
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:

Pukul buttercup, kemudian masukkan gula. Pukul lagi sampai sebati dan masukkan telur. Seterusnya pukul adunan tersebut sampai kembang. Masukkan vanilla essence, baking powder, bicarbonate soda dan kemudian masukkan tepung gandum, pukul sehingga sebati.

Seterusnya masukkan susu pekat dan air suam sedikit demi sedikit dan pukul  lagi sehingga sebati. Sapukan margerin pada bekas kek sebelum adunan yang telah siap dituang dan dibakar. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 145 darjah dan bakar kek selama 45 minit.

Untuk topping, tak sempat buat sebab tak cukup bahan.. later on kalau sempat buat, aku publish lagi.. Enjoy your cake!

Wednesday, December 2, 2009

Bikin Satay!

Bismillahirrahmmanirrahiim...

Hello there~
Kali ni aku nak share aktiviti yang aku wat malam tadi.. mesti korunk da tau bila tengok title ntuk entry aku ni kan kan kan?? Disebabkan daging korban still melambak kat dalam freezer, aku pon decide nak wat satay semalam.. So ape tunggu lagi? Jom tengok resipi ape yang aku pakai eh (aku alter resipi sendiri ni) .. Nanti bleh try sendiri lak..

Bahan:

1kg daging lembu dipotong kecil lebih kurang 1.5cm x 1.5cm (Kalo nak potong besar ckit pon OK jer)



Bahan mentah

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit air (agak2 boleh jalan je blender~kalo banyak nanti cair, xlekat plak rencah kat daging)


Bahan mentah yang dikisar

Daging yang dipotong tadi dicuci dan ditoskan untuk keringkan air.. Pastuh gaulkan je bahan kisar dan daging sampai sekata dan perap daging.. paling kejap 3 jam, paling lama nak perap semalaman pun takpe..

Aku wat bahan perap ni tengah hari dalam kol 12.. then malam dalam kol 8 start bakar satay..

Okeh proceed untuk kuah kacang plak...


Bahan :

200 gm kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
1 cawan air asam jawa
6 sudu besar gula merah/gula melaka
1/2 cawan minyak masak
15 biji cili kering*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 batang serai*
2 cm halia*
2 cm lengkuas*
3 sudu besar udang kering*
1 sudu kecil jintan manis*
1 susu kecil jintan putih*
garam dan gula secukup rasa


Cara:

Air asam jawa dan gula merah/gula melaka digaul bersama. Kemudian masukkan kacang yang dah dikisar ke dalam campuran tersebut.

Bahan-bahan bertanda * dikisar bersama sedikit air.


Bahan yang dah kisar + campuran air asam

1/2 cawan minyak masak tadi dipanaskan dalam kuali.. then tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.. next, masukkan je campuran air asam yang dah disediakan tadi ke dalam kuali.. masukkan garam dan gula mengikut citarasa korunk.. kalo pekat sangat, masukkan air cikit coz nanti nak masak sampai naik minyak..

Time aku tengah prepare kuah, mak dengan adik aku tolong bakar satay.. hehe.. bijak punye strategi kan.. aku tak mo bakar satay coz banyak asap and api yang panas.. tapi mak dengan adik aku hepi je dapat bakar satay tuh, yelar.. masak je 1 cucuk satay, ngap~ patut la da lame bakar pon, kuantiti satay yang masak tak bertambah2..


Satay yang tengah dibakar



Da siap!!

Tips: rendam lidi cucuk satay 2 jam dalam air ntuk elakkan lidi hangus time tengah bakar~

Haa... akhirnye lepas bertungkus lumus, dapat gak makan satay free~ ehee.. sebelom ni kene beli, skang da reti wat sendiri manyak untung wooo... okeh.. nak tau rase die? sedap.. lbey kurang dengan satay beli je rase.. tapi yang specialnye kalo satay beli biase dorunk taruk manyak lemak.. satay wat sendiri lbey mantap!!

That's all for now.. till we meet again~

Thursday, October 15, 2009

MENGUMPAT

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini.. Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.. Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk.. dibelakang hamba Allah tu.. Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat, tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. Orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa.. macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni! Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain? Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.. Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.. Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.. Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah. Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga.. sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri.. Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing? Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita. Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,l ebih dari sepuluh?dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan? Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.. sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa. Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu.. dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, Jom ambil wudhu secara Tertib. Masa nak kumur2 tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar. Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan? Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke. Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang. Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana.. Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu.. Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT. Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia. Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat, ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat, supaya dengan Tuhan kita terasa dekat. Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir, minum air banyak-banyak.. dimulakan dengan selawat dan bacaan bismallah. Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya. Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

retrieved from http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1968
*****************************************************

Sama-samalah kita renungkan kerna aku juga manusia yang alpa.. Moga kita dapat saling mengingatkan satu sama lain..

Saturday, September 5, 2009

10 TIP MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Di sini aku nak berkongsi satu artikel yang aku terbaca kat Kosmo! Online di bahagian Pesona... Tentang tips menjadi pasangan yang baik.. Bukan ape, untuk mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnye.. Kadangkala kita tak terfikir bahawa ape yang kita anggap kebiasaan ataupun 'normal' tu sebenarnya boleh merosakkan hubungan. Cewah! Macam doktor cinta plak aku ni.. Yelah, pengalaman sedikit sebanyak mendewasakan bukan? Aku cuba menjadikan diriku pada hari ini lebih baik dari semalam dan terus berusaha menjadikan diriku pada esok lebih baik dari hari ini. Moga dirahmati Allah S.W.T...

*****************************************


1) Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL

 *****************************************

Di sini sahaja buat kali ini.. Aku masih dalam usaha mencari ketenangan.. Mencari kekuatan hatiku yang telah goyah angkara seseorang yang telah aku berikan kepercayaan tak berbelah bahagi.. Kiranya nanti ada kesempatan, mungkin akan aku coretkan di sini. Di ruang maya ini.. Sekian kali ini.. Wassalam~

Sunday, August 30, 2009

TIPS MENJADI SAHABAT YANG BAIK

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Apa erti persahabatan bagi anda? Jika inilah soalan yang bakal diajukan oleh seseorang kepada anda, apakah agaknya jawapan yang bakal anda hujahkan? Pentingkah kehadiran insan yang bernama sahabat dalam hidup seseorang? Adakah semua orang menghargai persahabatan yang dibina sekian lama? Apakah yang menghancurkan sesebuah persahabatan?

Jika persoalan-persoalan ini ditujukan padaku, aku amat pasti dan yakin, aku punya jawapan yang jitu. Bukan ingin meninggi diri atau mendabik dada mengatakan aku seorang yang prihatin dan sebagainya. Namun sebagai seorang yang punya sahabat, dan sebaliknya sebagai seorang sahabat kepada mereka-mereka yang menganggapku sahabat, aku punya alasan konkrit untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Persahabatan adalah salah satu perkara yang paling bernilai dalam hidupku. Aku sangat mementingkan erti persahabatan. Aku tidak malu berterus terang di sini bahawa aku sangat sayangkan sahabat-sahabatku. Sahabat, sayangku pada kalian adalah seperti sayangku pada keluargaku sendiri. Pentingya kalian dalam hidupku adalah seperti kewujudan siang dan matahari. Apalah guna siang tanpa matahari jika suasana mendung dan suram, bahkan mungkin gelap gelita dan siang bukan lagi siang..

Begitulah ibaratnya nilai sahabat padaku. Hidup terasa kosong tanpa sahabat disisi. Walaupun aku kadangkala seperti meminggirkan diri dari mereka, tak bermaksud aku ingin menjauhi. Cuma kadangkala aku perlukan masa menenangkan diri dari segala gelodak perasaan yang mencengkam dan menyesakkan dada.

Rasa sedih bila persahabatan yang baru dibina putus di tengah jalan. Apa salahku? Puas memikirkan keterlanjuran yang menjadi penyebab kedinginan seorang sahabat yang baru dikenali. Jika ada salahku, kenapa mesti menjauhiku sedemikian? Aku lebih suka kiranya dia berdepan denganku dan menceritakan apa salahku daripada mengelak dari bertembung pandangan denganku.

Ada juga sahabat yang hampir setiap hari menghabiskan masa bersama pada suatu ketika dahulu, kini menyepikan diri. Salah akukah kerana tidak mengambil peduli? Aku cuba fikirkan kemungkinan yang ada. Sebagai manusia, mungkin ada silapku di mana-mana. Namun selagi akalku masih di paras sedar, aku tahu aku telah berusaha mendekatkan hati-hati kami yang mula menjauh walaupun mendapat sambutan dingin.. Tidak mengapa, mungkin bukan jodoh kita menjadi sahabat akrab selamanya..

Cukuplah.. terlalu banyak yang akan diungkit kiranya jari-jemariku terus menari di atas keyboard ini.. sebelum berpisah aku ingin titipkan tips menjadi sahabat yang baik buat peringatan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal~

1. Fikirkanlah apa yang dapat kamu berikan kepada sahabatmu bukan apa yang dapat kamu peroleh dari persahabatan. Jangan bersahabat hanya demi memperoleh kesenangan, kerana jika demikian, kamu bukanlah sahabat sejati. Hargailah sahabatmu seperti kamu ingin dihargai

2. Berilah sokongan kepada sahabatmu. Sahabat sejati selalu saling menyemarakkan semangat dan 'mendorong' supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan. Ia turut berbahagia ketika sahabatnya berhasil mencapai apa yang diinginkannya dan tidak menyimpan perasaan hasad dengki.

3. Bersedia untuk memaafkan. Jangan biarkan 'luka' berkembang menjadi dendam karena hal ini akan menghancurkan persahabatan yang ada. Maafkan kesalahan yang dibuat oleh sahabatmu dan jangan biarkan dendam itu merosakkan hubungan persahabatan kamu.

4. Jangan memandang kesalahan yang dibuatnya. Ini adalah suatu cara untuk menunjukkan betapa mengambil berat terhadap dia. Jangan tinggalkan sahabatmu disaat dia berbuat kesalahan. Bersabarlah dan pimpinlah dia untuk insaf dan berubah. Sedarilah bahwa tidak ada orang yang sempurna.

5. Jadilah sahabat yang dapat dipercayai dan tepatilah janji yang telah kamu ucapkan.

6. Jangan mencuba untuk mengongkong sahabatmu. Bersahabat bukan bererti harus selalu bersama-sama. Memang akan sangat menyenangkan bila dapat selalu bersama dengan orang yang kita kasihi. Namun harus diingat bahawa, sahabat kita itu bukan kepunyaan kita sendiri kerana ia juga mempunyai teman lain selain kita. Untuk itu, jangan merasa dikhianati ketika temanmu bergaul dengan yang lain, sebaliknya usahakan kamu juga dapat berteman dengan mereka. Hal ini akan membuat kita dan sahabat kita lebih menghargai satu sama lain.

7. Selalu ada disaat senang maupun susah. Bergembiralah bersama mereka saat mereka sedang bergembira namun jangan ada hanya pada saat senang saja. Ketika sahabatmu sedang berhadapan sengan permasalahan, berikan mereka perhatian. Yang paling diperlukan dari seorang sahabat adalah sepasang telinga yang bersedia mendengar dan mahu memahami perasaan mereka.

8. Menerima sahabatmu seadanya. Jangan meminta sahabat kita untuk menjadi seseorang seperti yang kita ingini. Hargailah dia seadanya termasuklah keputusan yang diambilnya yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak kita.

9. Sentiasa bersikap jujur dan amanah dengan sahabat mu. Belajarlah juga untuk menjaga rahsia sahabatmu.

10. Jangan biarkan perbezaan pendapat menghancurkan persahabatanmu. Jika berlaku percanggahan pendapat,bersedialah untuk menerimanya. Jangan sekali-kali meletakkan diri anda pada pihak yang menang melainkan anda telah memastikan kebenaran pendapat anda itu. Lebih baik lagi jika situasi Menang-Menang diamalkan.

Retrieved from : pman.ubaya.ac.id

Monday, June 15, 2009

TIPS UNTUK TUKAR HEADER DAN WIDTH BLOG


Bismillahirrahmaanirrahiim...


Selamat bertemu kembali.. Erm hari ni aku play around dengan blog aku untuk renovate ape yang patut.. So aku dengan tak sengaja terjumpe plak dengan cara nak customize header dan width blog.. erm so sesape yang rajen, silalah cube!

Pertama, jom kita tengok macam mana nak besarkan width untuk blog korang...

Tak cukup ruang untuk mencurahkan nukilan? hmm sebenarnye width blog kite boleh diubah dengan beberapa step yang mudah tapi memerlukan kerajinan yang tinggi..

Biasanya, Minima template yang ade dalam blog memiliki width maximum sebesar 660 px (pixels) lebar. Bile dibahagikan : 410 px akan diguna untuk posts korang manakala 220 px dikhaskan untuk sidebar serta 10 px lagi untuk padding.

Kemungkinan, saiz paling sesuai untuk korang lebarkan adalah 790 px. Bahagikan : 550 px untuk posts, 220 px untuk sidebar dan 10 px untuk padding.

Jadi macam mana nak set nombor-nombor tu?

1. Masuk ke bahagian layout kemudian pilih Edit HTML. Klik Download Full Template di bahagian atas kotak Edit Template untuk back up template korang in-case ade error nanti..





2. Tekan Ctrl F, taip Outer-Wrapper dan enter. Tukar 660 px kepada 790 px. Tukar 'main-wrapper' daripada 410 px kepada 510 px. 'Sidebar Wrapper' dan 'padding' boleh dibiarkan dalam saiz asal (220 px dan 10 px).

Kemudian scroll dan cari Header di bahagian atas element yang anda tukar tadi. Lakukan perkara yang sama di sini dengan menukar 660 px width kepada 790 px. Save Template bile da siap tukar nilai tadi.. Pastu klik view blog untuk lihat perubahan yang korang dah buat..

Bila dah tukar width, baru boleh tukar header blog korang.. jom tengok camne nak tukar header plak!

1. Firstly korang kene ade imej yang korang paling suke yang korang nal letak kat header. Pastu, untuk hasil yang kemas dan cantik serta simetri korang kene pastikan dimension imej tu adelah 780 px untuk width dan maksimum 200 px untuk height. Yang pastinya, width die MESTI 780 px. Untuk height, boleh diabaikan saiz die sebab die tak kacau dengan width yang kite dah set kat atas tadi...

2. Masuk balik ke bahagian Edit HTML seperti yang kite dah buat tadi. Tekan Ctrl F, taip header-wrapper dan enter. Kat sini korang kene tukar width die kepade 790 px. Kemudian Save Template..


3. Masuk ke bahagian Page Elements. Kat bahagian atas Blog Posts korang akan nampak Header. Klik edit kat situ..




4. Satu pop-up akan muncul dan ikut step dalam gambar kat bawah ni untuk step seterusnya..





 3. Selepas save, pop-up di atas akan auto-close dan korang boleh view blog untuk tengok perubahannya.. Ini header untuk blog aku..
 










Dah pun siap... Haaa... senang je kan... hmm cubelah kalau rajin...

pssssst: kalo nak lagi lebar, play around je dengan number kat atas tuh-I mean main wrapper.. sidebar wrapper and padding better leave it the way it is okeh..