Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Percayalah, Dia Sayangkan Kamu...

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hari ini aku menulis hanya kerana kamu. Kamu SAHABAT terbaik buat aku. Mengenali kamu beberapa ketika, buat aku sangat memahami kamu. Kamu tak suka menyusahkan orang dan tak suka disusahkan. Kamu berleter seperti perempuan. Kamu bercerita tentang kesulitan kamu. Kamu terima aku seadanya. Kamu bersimpati padaku. Kamu tak berahsia denganku. Kamu percaya pada aku. Dengan aku, kamu tak pernah berpura-pura jadi orang lain. Kamu sentiasa kamu.

Aku selalu anggap kamu SAHABAT baik aku. Walaupun kamu lelaki dan aku perempuan. PERSAHABATAN itu bagiku tak mengenal jantina. Kamu ada buah hati kamu sendiri. Seorang yang kamu begitu inginkan untuk temani kamu selamanya. Kamu bercerita kisah perkenalan dan percintaan kamu. Kamu ceritakan kesedihan kamu. Kamu berkongsi segalanya seperti aku sebahagian dari kamu.

Tapi kali ini aku mengerti jika kamu berdiam diri. Aku sangat mengerti. Dan aku juga tak sampai hati mengganggu kala kamu masih dalam kejutan, tidak percaya, marah, kecewa, sedih dan pilu. Jadi aku hanya mampu menulis di sini buat kamu. Walaupun mungkin kamu tak pernah singgah di sini. Tetap aku mahu coretkannya di sini. Di ruang ini khas untuk kamu. Kesedihan kamu yang hanya dapat dikongsi dari jauh, akan aku abadikan di sini.

Jika kamu telah menangis, atau masih menangis, ketahuilah bahawa aku juga sedang menangis. Kerana kesakitan yang kamu rasa, aku turut merasakannya. Dan aku sangat percaya, setiap dugaan yang kamu terima itu, ada hikmahnya. Dan yakinlah Allah ingin menguji kamu kerana Dia sayangkan kamu. Jadi, teruslah jadi diri kamu yang seadanya. Jangan pernah kamu berubah walau apa pun yang terjadi. Percayalah pada kehendak dan ketentuanNya kerana Dia pasti ada rancangan yang terbaik buat kamu. Kerana aku juga percaya padaNya.

TAKZIAH atas apa yang telah terjadi. Siapa sangka akhirnya jadi begini. Aku harap kamu bertabah, kerana sekarang kamu adalah tonggak utama keluarga kamu. Jadi, kuatkanlah semangat, teguhkanlah hati dan minda kamu. Dan aku tak akan berpaling darimu walau seluruh dunia mengkhianati kamu.

Friday, June 18, 2010

Love and Passion


Mak dengan baju dan tudung baru

Ayah drive ke Padang Besar

Budak jongang yang dah besar. Benci tapi sayang. Tengah cover gigi jongang. hahah

Ayah dan budak jongang.

Kami dan highway.

Wonderful.

Nice.

(^^,)

Langit yang cantik

Calming.

Budak takde gigi dan pandai cakap

Sunday, April 18, 2010

Ayah

Baru melawat blog siggplus dan terbaca pasal Contest Ayahku Sayang. Walaupun dah lama berlalu, tetapi aku rasa tak salah aku nak berkongsi di sini. Nak baca entry-entry mereka bolehlah ketik di sini

http://bard87.blogspot.com/2010/01/contest-ayahku-sayang.html

Lihat di bahagian comment. Semua peserta telah paste link entry mereka di situ.

Menangis dengan mudah sekali. Airmataku bergenang dan mengalir pantas menuruni tubir mata. Cengengkah aku? Memangnya aku begitu. Sensitif pada kisah sedih. Jarang sekali aku dapat menahan titisan air jernih tatkala melihatkan atau mendengarkan kisah sedih.

Bagi aku, semuanya adalah pemenang. Siapa kita mahu menilai kenangan yang telah tercipta antara mereka dan ayah mereka? Setiap satunya tidak ternilaikan.

Alhamdulillah aku masih punya ayah yang sihat. Moga Allah memanjangkan usia ayah hingga dapat melihat aku memiliki kerjaya yang membanggakan. Apa yang aku mahu kongsikan tentang ayah di sini, biarlah sebagai kenangan di kala aku masih mempunyai ingatan yang kuat.

Aku tak punya ingatan yang baik sebenarnya. Banyak kenanganku ketika masih kecil yang aku tak dapat ingat. Buktinya, adikku lebih banyak menceritakan kenangannya ketika kecil berbanding aku. Tetapi ada satu kenangan yang sangat lama masih kusimpan kejap dalam ingatan walaupun aku tak ingat berapa umurku ketika itu.

Mengikut perkiraan, mungkin aku baru berumur 2 tahun. Kerana emak tidur di rumah atok aku. Mungkin ketika itu emak berpantang selepas melahirkan adik. Tinggal aku dengan ayah di rumah kami pada malam itu. Pada masa itu, aku masih ingat, ayah ada membela lembu. Pada malam itu, ayah mendukung aku di atas tengkuknya dan membawa aku keluar untuk menyalakan api di kandang lembu untuk menghalau nyamuk yang menggigit lembu. Kasih sayang ayah pada masa itu masih terasa.

Ayahku seorang yang sangat garang. Aku sangat gerun pada matanya yang cengil ketika marah. Tetapi aku juga seorang yang degil dan keras kepala. Bila ayah memutuskan sesuatu yang aku tidak suka, aku akan melawan. Aku rasa aku perlu mempertahankan hak aku. Jadi aku akan membidas apa yang ayah cakap. Dan ayah pasti akan memukulku dengan sekeras-kerasnya. Aku pernah dipukul dengan seberkas lidi yang besar sampai berbirat seluruh betisku. Aku pernah dipukul dengan tali pinggang, dibaling dengan tin MILO dan macam-macam lagi.

Aku selalu menangis selepas kena pukul dengan ayah. Aku akan hempaskan pintu bilik dan mengunci dari dalam. Kemudian aku akan menangis dan meratap sampai tertidur. Kadang-kadang ayah akan panjat dinding dan masuk ke dalam bilik untuk sapu ubat pada tempat yang dipukul. Emak selalu cakap, ayah sesal lepas pukul aku. Mungkin pada masa tu, ayah masih muda dan baran. Tapi aku tau ayah sayang aku. Walau marah macam mana pun aku pada ayah, bila dia sapu ubat pada luka aku, kemarahan aku terpadam.

Aku bersyukur kerana ayah didik aku begitu. Kerana didikan begitulah aku berjaya dalam setiap peperiksaan yang aku duduki. Kerana takutkan ayah, aku berhenti ikut kawan-kawan aku merayau ke sana-sini setiap petang. Kerana takut kena pukul, aku belajar tekun di rumah bila kawan-kawan aku masih berkeliaran di jalan.

Sampai sekarang ayah masih garang. Tapi dia tak lagi pukul aku macam dulu. Aku dah besar, pasti dia tahu aku sudah boleh fikir sendiri. Kalau salah, paling tidak pun ayah akan tengking aku. Pernah juga dia tidak bercakap dengan aku kerana aku pulang lewat. Paling kelakar, dia tumpahkan kemarahan pada benda lain. Volume TV kuat pun dia mengomel. Lampu lambat menyala pun dia membebel. Sampai aku rasa tak tahan tengok dia asyik membebel pada benda-benda yang tak faham bahasa tu.

Kadang-kadang aku rasa ayah kedekut. Kalau nak mintak apa-apa dari ayah pasti susah nak dapat. Ayah akan membebel-bebel mengalahkan perempuan. Lebih senang mintak dengan emak. Tapi sebenarnya bebelan ayah adalah satu muqaddimah sebelum dia bagi apa yang aku mintak. Contoh kalau aku mintak duit nak beli kasut baru, ayah akan mengungkit bil elektrik bulan ni melambung, beli barang dapur mahal dan macam-macam lagi. Tapi lepas membebel ayah akan tanya RM20 cukup tak? Biasanya aku akan cakap cukup. Sebab aku tahu ayah susah payah cari duit. Bila ada antara ayah orang lain duduk dalam office berhawa dingin menyemak laporan atau buat kerja-kerja lain, ayah aku berhempas pulas di bawah terik matahari, bermandikan peluh di dalam sawah semata-mata mengambil upah menabur padi atau baja.

Aku akan minimumkan penggunaan duit yang ayah bagi supaya duit itu tak terbazir begitu saja. Macam line yang Raja Farah sebut dalam iklan beras Jati 'Sebutir nasik tu, ibarat setitis peluh petani..' Sebab itulah, aku jarang sekali nak tinggalkan makanan aku berbaki. Sebab aku tau ayah susah nak cari duit untuk sara kami. Alhamdulillah sekarang ekonomi keluarga aku semakin baik. Adik aku sudah bekerja dan mampu membantu keluarga. Masih tinggal aku di sini, berusaha menghabiskan sisa-sisa pengajian yang tidak seberapa ini. Moga aku juga dapat meringankan beban ayah suatu hari nanti.

Ayah dah tua. Pejam celik, rupa-rupanya umur ayah akan masuk 51 tahun tanggal 25 April nanti. Tapi aku dan emak selalu menyakat ayah. Ayah tak tega melihat sehelai uban di kepala. Pasti dia akan cabut uban tersebut sedaya-upaya. Ayah takut tua..  =p

Aku tahu tempat aku di sini. Aku tak pernah lupa. Tapi aku tetap gembira berada disini. Walaupun aku selalu kesal dengan apa yang terjadi, tetapi aku tak dapat nafikan aku tiada tempat lain melainkan bersama ayah, emak dan adik. Dan aku tahu aku tetap sayangkan mereka jauh di lubuk hati tersembunyi. Kerana aku tak pandai mengungkapkan maaf dan sayang, jadinya mungkin aku kelihatan angkuh sekali. Tetapi sebenarnya aku adalah insan biasa, yang takut terluka. Lalu aku pendamkan saja perasaan itu untuk mengelakkan rasa kecewa.

Jadi di sini, hari ini, biarlah semua tahu bahawa aku sayang ayah, emak dan adik tanpa batasan. Dan sayang aku tak boleh ditukar ganti dengan seorang wanita bernama Mariani/Marini atau siapa-siapa saja yang akan mendakwa jika bukan kerana mereka, aku tidak akan wujud di dunia ini.

Pesanan kepada Encik Razali Osman, kak sayang ayah!

Sunday, March 14, 2010

Siapa Ambil, Sila Pulangkan~

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Kucing aku hilang. Dah 3 hari tak balik rumah. Niat nak masuk aduan rakyat mintak tolong Karam Singh Walia carikan. Boleh tak? Huhu. Tolong doakan kucing aku selamat dan akan sampai rumah tak lama lagi. I love her very much... By the way, nama dia Mimi... Tolong doakan ye? Thanks.

Friday, March 12, 2010

Bebelan Bapak

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Selalu dengar kisah bapak marah atau membebel bila anak jantan yang masih hingusan aktif dok heret anak dara orang ke sana sini, gatal nak kawen muda. Antara ayat standard dialog bapak-bapak :

"Kerja pun tak tetap, duit minyak motor pun mintak dengan bapak lagi, ada hati nak kawin. Nak bagi anak orang makan apa? Makan pasir?" 

Lebih kurang macam tu lah bunyinya bila bapa-bapak membebel. Tapi story kali ni lain sikit bunyinya. Haha.

"Lain kali baju kotor tu masuk terus dalam mesin basuh. Senang nak cuci. Jangan dok longgok sampai menimbun kat dalam bilik tu. Umur dah 21 tahun dah takkan tak boleh fikir lagi. Taktau jaga kebersihan lagi? Anak si polan tu umur 20 tahun dah kawen ada anak sorang dah." 

Pergh. Gila maju ke depan mulut bapak aku sound adik aku yang suka sepahkan baju kotor dalam bilik. Sampai ungkit bab kawen lagi. Punyalah dia marah sampai tersasul plak kan.

Gila kot nak suruh budak tu kawen. Umur baru 21, kerja baru masuk setahun, ansuran motor baru separuh lepas. Ansuran kereta baru 2 bulan mula bayar. Seminggu sebelum gaji confirm mintak duit belanja pagi-pagi before pergi kerja. Nak suruh kawen? Aku plak nak cakap :

"Gaji nak belanja diri sendiri pun tak lepas nak bela anak orang? Nak bagi makan apa?"

Hahaha..dalam hati plak ada rasa geli-geli bila fikir ayat standard tu. Aku rasa aku ada jawapan best. Kalo nak kawen boleh. Nanti tak cukup duit nak bagi makan, aku boleh tolong. Hari-hari aku boleh jamu bini dia. Menu special lagi. Makan penampar. Nak? Aku suka bab-bab tampar anak orang ni. Sape suruh merenyam sangat nak kawen kan? Huhhh

Pic adik aku time darjah 1. Gila aku sayang dia. Besar-besar dah pandai cari gaduh. Dia je nak menang. Kadang-kadang sampai naik benci. Tapi macam mana pun dalam hati ada taman. Haha~