Bismillahirrahmaanirrahiim...
Kehabisan kudrat untuk meneruskan hidup untuk hari ini. Bukan maksud aku nak mati. Tapi hari ni memang sial sekali. Bangun dengan semangat nak pegi kuliah communication. Semangat sebab apa yang diajar dapat difahami. Jadi, dengan badan lesu tak makan semalaman, bergerak ke parkir moto.
Masukkan key pada lock dan pusing. Pusing dan pusing. Pusing dan pusing dan pusing lagi. Tak boleh buka. Kenapa ni??? Pusing dan pusing dan pusing dan pusing lagi. Tetap macam tu juga. Jam dah pukul 10.32 pagi. Lambat 2 minit dah. Cuba lagi. Dari posisi tunduk terus kepada posisi mencangkung. Dengan penuh harap mencuba agar terbuka kunci. Gagal.
Dalam kepala ligat memikirkan cara. Call ayah? Cari tukang kunci? Inform staf keselamatan kat pondok depan? Takkan nak susahkan ayah semata-mata kunci jahanam tu. Jalan ke pondok keselamatan untuk mintak bantuan. Seorang jaga muda terbit, dan meminta aku tunggu staf keselamatan uni datang. Alasannya takde orang nak jaga kat pondok. Padahal kau bukan duduk kat kaunter pun. Duduk kat ceruk belakang tengah buat apa ntah.
Berjalan kembali ke parkir moto. Cuba bersabar dan menunggu bantuan sampai. Duduk di pinggir longkang dan bersandar di dinding. Baru teringat sesuatu! Telapak tangan pantas digosokkan pada dinding. Putih dengan cat kapur. Jaket dibuka dan sah, memang penuh dengan cat kapur di belakang jaket tempat aku bersandar. Sial lagi.
SMS bagitau kawan extra lock rosak. Tunggu staf keselamatan datang tolong. Tapi hati tak tenang. Entah bila bantuan yang diharapkan sampai. Lantas aku cuba lagi memutar anak kunci dengan harapan. Duduk di lantai dan cuba intai ke arah lock. Macam something wrong. Cuba ketuk dengan tangan. Ada cebisan terpelanting dari dalam lock. Dah reput rupanya lock tu. Bukan setakat dalam hati, di bibir pun tak lepas-lepas menyesali kebodohan membeli extra lock di kedai buruk tu. Mesti stock lama ni sampai reput besinya.
Nampak gaya anak kunci memang tak boleh pakai langsung. Cuba cari apa-apa yang berat untuk hentam lock sampai terbuka. Ternampak batu besar di tepi bangku. Terus amik batu dan mula mengetuk lock. Tak berhasil. Apa lagi nak buat? Dah pukul 11. Beg yang digalas aku selongkar. Mencari apa-apa yang patut. Teringat test pen dalam pencil box. Keluarkan test pen dan cuba masukkan kat dalam lubang anak kunci yang dah serpih. Lepas beberapa cubaan, tukar cara lain. Cuba cungkil serpihan besi dalam lock dan korek sampai semua serpihan keluar. Akhirnya terbuka.
Alhamdulillah. Dengan lock di tangan, berjalan ke arah pondok keselamatan dan tunjuk pada jaga tadi. Aku bukan perempuan lemah dan bodoh. Tahu naik motor tapi bila ada masalah kena hantar kedai. Kena mintak tolong lelaki. Pantas menghidupkan motor dan memecut ke kelas. 11.10 pagi sampai. Nasib baik kelas dekat. Tangan menggigil toksah nak cerita. Semua kudrat aku dah dihabiskan pada cubaan membuka lock jahanam tu.
Letih dia toksah cakap. Rasa nak menangis saja. Separuh tumpuan hilang semasa kuliah. Sesuatu yang merugikan. Sekarang pun rasa letih tu masih bermaharaja lela. Tambah-tambah, balik kuliah terpaksa meredah hujan lebat. Ada pulak kereta yang tak prihatin simbah air dari lopak jalan, walaupun dengan tak sengaja rasa macam nak baling saja lock jahanam ke cermin kereta tu biar pecah.
Letih dia toksah cakap. Rasa nak menangis saja. Separuh tumpuan hilang semasa kuliah. Sesuatu yang merugikan. Sekarang pun rasa letih tu masih bermaharaja lela. Tambah-tambah, balik kuliah terpaksa meredah hujan lebat. Ada pulak kereta yang tak prihatin simbah air dari lopak jalan, walaupun dengan tak sengaja rasa macam nak baling saja lock jahanam ke cermin kereta tu biar pecah.
Lock kalau dah main kena hujan panas hujan panas. memang lama lama dia problem punyaa. solex yang rm50 tu pun takdan lama pun.
ReplyDeletelama?
ReplyDeleterasanya lama tu kat kedai kot.
baru beli 2 minggu je pun.
pastu 2 minggu bkn tiap2 hari guna.
tolak2 ada dlm 10 kali guna.
sumpah lu kental...
ReplyDeleteSALUTE!
kalau gwa tgh2 hujan tu msty pk lapan kali nk pg klas
gyahaahahaahaha~
actually masa tu gua pk kalo boleh buka lock tu, gua nak balik umah je.
ReplyDeletetapi motivasi diri, pegi kelas dapat gak ilmu.