Monday, January 11, 2010

Telinga Berkulat

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Another follow up ear check up petang tadi.. A different doctor again.. This time, the doc said there's still fungus in my ear.. Masih bernanah.. 'Teruk telinga kamu ni..'

Aku tergamam sekejap.. teruk ke? aku tak dapat bereaksi.. Then doc tuh sambung cakap, 'saya buatkan surat untuk kamu, nanti kamu pergi hospital untuk jumpa pakar..'

Sudahhh.. jumpa pakar? muka aku da cuak.. paham-paham jela kalo jumpa pakar, jadi lombong lah telinga aku nanti.. aku penah tengok treatment kat hospital masa aku LI hari tuh.. doc masukkan camera dengan vacuum kat dalam telinga.. camera tuh untuk memudahkan view yang mana disambung pada satu monitor kecil bersaiz lebih kurang 14 inci.. dengan berpandukan monitor tuh, doc akan start vacuum and clean up bahagian dalam telinga.. tengok je pon macam sakit.. kalo dah kena kat diri sendiri tak tau la..

Doctor perasan reaksi tak berapa senang pada muka aku.. 'macam mana?kamu nak saya buatkan surat atau kamu nak cuba makan ubat lagi?' doctor tuh masih bersuara..

'Err.. makan ubat dulu lah doctor? boleh kan?' aku masih sanggup menelan ubat-ubat tuh daripada naik-turun hospital jumpa pakar.. lagi leceh..

'Ok.. saya bagi kamu ubat lagi, nanti kalau rasa tak OK datang buat check up lagi..' doctor pon kesian tengok aku kot.. beliau pon menulis prescreption ubat dan aku pon keluar dengan senang hati.. takyah pi hospital lagi.. selamat..

Pas amik ubat trus blah.. owh, aku tak bayar pon.. isi borang je nanti klinik claim dengan uni la.. pergh, aku rasa January ni je uni aku da kene tanggung medical fees aku RM100 ++ dah kot.. nak wat camne kan.. dah nak sakit..

*********

Sebelum terlupa, nak citer pasal semalam.. semalam aktiviti berjemur panas sampai rentung telah diadakan.. korang tau ke pertandingan berjemur ni wujud? haa.. ni aku nak bagitau.. pertandingan berjemur dah lama wujud.. hadiahnya pun lumayan.. tak caya? lepas berjemur lebih kurang sejam setengah, aku berjaya merebut hadiah wang tunai sebanyak RM50..

Macam mana nak buat? senang sangat.. korang hanya perlukan beberapa ekor cacing/ulat/belalang/anak tebuan serta sebatang kail/joran.. paham tak apa yang aku cuba sampaikan? apa kena mengena menatang-menatang tersebut dengan berjemur? ohhh.. sungguh tak tercapai akal korang nak bayangkan ke? buat ape lagi, mancing kat bawah terik matahari la!

Untuk pengetahuan umum, last time aku pegang kail adalah.. aku pon tak ingat.. lama sangat.. 5 tahun lepas atau pon lebih lama kot.. mula-mula ingatkan nak tengok je adik-adik sepupu aku mencuba nasib.. last-last aku pun terjebak sama.. setelah berjaya menaikkan seekor haruan dengan berat 110 gram, aku telah berjaya menggondol tempat ke-7 daripada 15 hadiah yang ditawarkan.. boleh tahan gak la kan? apa rahsia aku dapat pancing ikan seberat itu dalam pertandingan yang disertai lebih kurang 100 orang peserta tersebut? errr.. baca Bismillah je..

Dan diingatkan bahawa, kitorang bukan mancing dalam kolam ok? mancing dalam sungai.. nak pic? pic aku takdela plak.. selama ni akulah cameraman takde lesen dan kelulusan.. so bila aku mancing, takdela cameraman lagi kan.. nanti aku upload pic peserta-peserta lain dalam pertandingan tuh yang aku snap time aku give up tunggu ikan tak makan umpan..

Till we meet again~

p/s: tajuk entry lupe nak kaitkan-ubat yang aku dapat hari ni, die punya description adalah untuk telinga berkulat.. tajam betul ayat tersebut hingga buat aku rasa sangat terhina.. ade ke patut telinga berkulat? lenkali tulis la jangkitan kulat dalam telinga.. baru betul~

3 comments: