THIS IS HOW PURPLE WRITE~

SALAM and WELCOME to everyone!!! Thanks for dropping by to my blog.. I'm just a normal human~plain and ordinary.. I'll laugh when I'm happy, I'll scream and swear when I'm angry and I'll cry when I'm sad.. and sometimes I'll just keep silence and write here.. forgive me if there's something's bothering you guys when you read my entries.. This is the only thing I got which keeps me being human.. If you don't like to be here, just leave.. If you think there's something useful here, just link..

Truthfully, PURPLE

psssst: Oh! Dont forget to leave your traces in the shoutbox ya!


Sunday, February 7, 2010

Pengembaraan Geng Bas Sekolah


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Ehemmm.. hari Selasa lepas (2hb Feb 2010), aku dan 7 rakan lain dah selamat keluar dari mulut Gua Wang Burma II yang kami jelajahi pada sebelah paginya.. rata-rata peserta ekspedisi bangun seawal 6.30 pagi (kalau nak pi kelas, takde maknanya nak bangun awal camtuh kan?) dan mempersiapkan diri untuk menjelajahi Gua Wang Burma I dan II seperti yang dirancangkan pada 1 minggu sebelum hari kejadian..

Bertolak kira-kira jam 7.45 pagi dan sempat singgah membeli sarapan serta mengisi minyak, akhirnya pada jam 9.15 pagi kami selamat tiba di perkarangan Taman Negeri Perlis yang terletak di Kampung Wang Kelian (kira-kira 1 km dari sempadan Malaysia-Thailand dan tapak pasar  minggu Wang Kelian)..

Selepas membayar yuran masuk serta bayaran tour guide, kami bergerak ke tapak kem dan bersarapan sementara menunggu tour guide mempersiapkan diri.. kemudian pada jam 10.00  pagi (kalau tak salah, aku pun tak tengok jam sangat) kami bergerak ke hutan dengan dikepalai 2 tour guide.. seterusnya biarlah gambar bercerita..

Berbaju kelabu, abang Bad dan berbaju hijau di sebelahnya, Che' Li merupakan tour guide kami. Sedikit briefing disampaikan sebelum masuk ke hutan.
Che' Li menunjukkan kemahiran memanjat pokok Tongkat Ali yang tinggi tanpa sebarang dahan di bahagian bawahnya untuk mendapatkan daun Tongkat Ali.. memang marvellous aksi tersebut..
Setelah penat berjalan mendaki bukit, baru jumpa sign board ke gua.. guanya lagi 100 meter, tapi ber'posing' punya pasal meningkatkan masa yang diambil sampai jaraknya macam bertambah kepada 500 meter plak..

Bila nak sampai ke gua kalo asyik menyinggah je? Ni sesi belajar anyam ketupat palas.. aku jadi tok gurunya.. sampai dengan tour guide skali blajar dengan aku.. keh keh keh
Okay, ini gua.. dah masuk dalam.. ni adalah pose maut yang diberikan oleh hencek ceiling Gua Wang Burma I
Ini hencek batu kristal-gedabak-besar-tapi-tak-laku kalo jual.. menurut tour guide, kristal ni takde nilai macam kristal yang wat gelang dengan rantai tu.. 
Ibu-ibu bapak-bapak kelawar yang bersidai di ceiling gua.. bau bahan buangan die kat area tuh takyah cakap ar.. perit tekak beb.. untuk pengetahuan, binatang-binatang yang ada dalam gua termasuk cicak, labah-labah, ular, katak dan serangga-serangga.. katak di gua ni masyaAllah besar.. besar 2 penumbuk lelaki aku rasa..
Batu gua yang menyerupai kepala gajah.. agak-agak ini kerja sumpahan Sang Kelembai jugak ke?
 Ohooo.. sesi interframe dari miss purple yang tak purple pada hari tersebut.. siap kene sound dengan hencek Amir lagi pepagi buta: 'korang nak masuk gua watpe nak lawa-lawa? ni pakai perfume ke? orang masuk gua mana pakai perfume? tak pernah masuk hutan ke?' dengan muka tak puas hati beliau jawab: 'TAK PERNAH!'

 Subhanallah.. kalimah Allah yang ditunjukkan tour guide di dinding Gua Wang Burma I

 Sedia memasuki zon merendahkan diri.. lepas ni dah tak boleh jalan dengan normal.. hanya jalan itik dibenarkan sebab ceiling dan lantai gua semakin menyempit..

Selepas jalan itik, sesi menyulur plak.. macam biawak dah time ni.. tengokla lubang tersebut hanya muat-muat kepala aku je.. whewww.. alhamdulillah lepas, tak sangkut bumper.. keh keh keh
 Macam kat dalam perut raksasa kan?? nasib baik aku berfikiran positif time dalam gua, kalo tak, wallahualam laaaa ape yang jadi kan.. WARNING: kat dalam gua kena jaga percakapan, jaga niat sebab ada 2 unsur iaitu baik dengan jahat yang memerhatikan perlakuan kita..

 Gua Wang Burma II yang lagi adventure kata Azu.. sebab di sini ada sungai kecil dan laluan sempit dan rendah sampai beberapa orang rakanku terhantuk di ceiling gua..

 Akhirnya jam 1.00 tengah hari kami menjumpai pintu keluar gua.. alhamdulillah masih bernyawa, masih waras dan takde sebarang kecederaan..

 Air terjun kecil yang terdapat di bawah gua.. air kat sini sangat jernih dan sejuk..

Bergambar kenangan sebelum balik.. cubalah pegi sana.. memang best!!!
 Alang-alang dah dekat, singgah Wang Kelian jap.. aku beli kasut baru coz tak bawak kasut tukar.. bayangkan kasut yang basah time keluar dari gua, itulah yang aku pakai sampai ke Wang Kelian sampai kecut jari-jari kaki.. bodo plak rasenye time tuh.. sume bawak kasut spare kecuali aku.. adush!

Pemandangan indah.. sangat indah yang pernah aku saksikan dengan mata aku sendiri.. gambar yang diambil dari atas bukit semasa perjalanan balik.. thanks Azu for the camera..

p/s: masuk gua kene bawak torchlight.. ini bukan gua macam Gua Kelam yang ade lampu, ini memang betul-betul gua yang sangat gelap.. tahap kegelapan dirasai masa sesi padam lampu torchlight.. bukak mata pun tak nampak apa-apa.. hitam pekat macam cat hitam tuh.. kalo nak rasa, pegilah sendiri.. dijamin best!

Friday, February 5, 2010

Haihhhh...

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hit counter aku tak berfungsi ke? da berapa hari aku bukak tengok tak de display.. ke sebab kat ulu ni connection slow sampai tak boleh loading?

Isk... so dengan pasrah aku mengambil keputusan buat hit counter yang baru.. moga tak hilang ditelan arus kelembapan internet di ulu.. cisss..

Wednesday, February 3, 2010

Gila

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Laptop aku buat gila lagi.. bila nak ON, stuck masa loading ACER punya window (sebelum keluar OS punya loading).. bila tekan F2 untuk setup, stuck lagi.. memang macam haram!

Aku bukak RAM, cabut, pasang balik dan try ON, okay plak.. camni la nasib.. setiap kali OFF dan nak ON balik kene cabut RAM.. sebenarnya aku tak tau ape masalah.. cuma saje gatal-gatal cabut RAM.. bila macam jadi je, aku buat jela kan..

Err, sape ade idea apa yang berlaku pada laptop aku? dan kalo ada cadangan solution yang terbaik, sila suarakan.. thanks~

Monday, February 1, 2010

Knowing Me, Decide to Love or Hate


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Nothing special for my birthday.. only another junk I've created.. take your time~


I'm not a recording device,
which would record everything you said,
without missing a single word.

I'm not a computer,
which would process all the input entered,
and displayed your desired output.

I'm not even a wall,
which would keep silence and listen,
when you're saying something I didn't like.

I'm not an angel,
which always do good deeds,
and make sure you'll make it to the heaven.

I'm also not the devil,
which always whispered words of incitement,
and drag you to the hell.

I'm just a person,
who'll miss out what you've said to me,
who'll make mistakes while doing things you asked me,
who'll complain when your words hurt my feeling, 
who strive my best to make it to the heaven, 
who sometimes lost to the devil whispered...

All I ever wanted is your understanding on me: what I've done and why I did it.. even a little would make my day shine brighter.. thanks for those who showed me their concern.. thanks a lot to all of my friends..

*Diana*
 
The first closest friend I met during my first year in UniMAP.
FRIENDS FOREVER

 
*Azu*
 You're not the first, but also not the last person by my side. 
FRIENDS FOREVER


*Ann*
You're not the last even though you never catch a fish~
FRIENDS FOREVER


*Dydan*
I always hope you'll always be there when I need you.
FRIENDS FOREVER


*Amir, Tok, Shuib, Mirah, Kamalia, Kak Fara, Nad*

Hope we'll stay together like we used to be.
FRIENDS FOREVER


*Syila*

Miss you so much, never forget me dear.
FRIENDS FOREVER


and everyone who's been there for me, thanks from the bottom of my heart~

Wishing all of you GOOD LUCK and MAY YOU SUCCEED IN YOUR LIFE!!!

Sunday, January 31, 2010

Messed Up

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Satu minggu tanpa entry baru.. macam-macam perkara berlaku tapi tak sempat nak update.. macam takde mood pon ade.. macam nak gaduh ngan orang pon ade gak..

Kalo sape-sape yang follow kes Hapacrita Copycat hari tu perasan, lepas mintak maaf si copycat tuh masih nak ungkit-ungkit plak kononnya dia redha kalo stingray nak memburuk-burukkan dia.. aku ada komen pasal tuh sebab aku tak suka bila ada yang mintak maaf, bila dah cakap settle, bila dah cakap tanak gaduh-gaduh lagi, patutnya mula dari zero balik.. maksudnya lupakan sengketa lama, jangan ungkit-ungkit atau menunjukkan wajah yang tak menyenangkan bila berhadapan..

Bila bersosial, lebih tepat lagi berkawan, bersahabat, kena la jaga hati dorang, jaga air muka dorang.. tak dapat dinafikan, hubungan persahabatan ni pun macam bercinta jugak.. ada pasang surut, ada konflik, ada percanggahan pendapat, ada salah faham.. tapi benda kecik, boleh settle dengan mudah, janganlah dipanjang-panjangkan..

Aku tau, aku bukan baik sangat dengan orang-orang sekitar aku.. kadang-kadang bila mood aku tak kena, memang muka toya je dengan kawan-kawan.. kadang-kadang orang tanye pon aku tak jawab.. kalo jawab pon kasar semacam je macam cari gaduh.. tapi aku sebenarnya bukan nak cari pasal.. so, bila aku jauhkan diri kadang-kadang tu adalah lebih baik daripada aku berada dekat dengan korang tapi buat muka yang korang nyampah dan menimbulkan rasa ingin pelempang kat aku..

Aku rasa kalo nak cite pasal konflik-konflik nih tak sedap la plak kan.. so aku cuma nak pesan, nak ingatkan.. bila ada rasa tak puas hati, kalo rasa tak boleh simpan dalam hati, cite dengan orang yang paling korang percaya.. dan orang yang dengar cerita tu kena open minded.. jangan amik keputusan nak sebelahkan orang yang bercerita.. cuba fikir dari pandangan orang ketiga yang takda kaitan langsung dengan konflik dorang.. baru dapat buat keputusan yang betul.. ataupun korang bersemuka je dengan orang yang buat korang tak puas hati, cakap elok-elok.. jangan cakap macam nak bergusti kat situ jugak.. cuba cari jalan penyelesaian yang baik.. bila dah settle jangan sesekali ungkit kisah lama.. insyaAllah takda masalah..

Aku ni bukan nak tunjuk bagus, tapi cuma nak saling ingat mengingatkan so that kita boleh baiki hubungan kita dengan kawan-kawan.. jangan sampai putus kawan.. ok.. takmo dah panjang-panjang cite.. tukar channel plak..

Semalam 30 January genap umur aku 23 tahun.. hallamak!! dah tua ke aku? isk.. ingat nak wat special entry semalam tapi tak sempat sebab sibuk tolong orang masak untuk makan-makan kat umah tok aku.. nanti la aku post kalo ade idea..

Erm lappy aku baru pas tukar hard disk.. hard disk lama ada produce bunyi-bunyi menakutkan (bukan bunyi mengilai okeh!) yang menandakan ianya akan corrupt tak lama lagi.. itu kata cikgu aku yang bukak kedai komputer kat Kangar.. kedai LeeHwa tuh.. Shuib pon ade pesan soh aku berjaga-jaga.. pergh skali tengok hard disk aku IDE plak.. mau melayang duit aku RM240 untuk hard disk berkapasiti 160 Gb sahaja.. mahal memang la.. tapi USB port aku hanya boleh guna 1 je.. lagi 2 port kat tepi dah lingkapkup (lingkup!).. so kalo beli external yang berkapasiti 120 Gb ke atas, lappy aku takleh detect atas sebab low power.. so tukar jela daripada menghadapi risiko lingkup terus..

Mau cite lagi pasal keraguan dan ketensionan yang buat aku rasa nak lari kejap.. tapi malas lagi.. lainkali aku cite..


p/s: semalam aku punyala tahan beri sebab temankan adik aku tinted kete die.. lama sangat tahan sampai aku buat muka comel kat adik aku sebab tak puas hati kedai tu takde toilet.. adik aku boleh plak marah aku "pasai apa buat muka macam katak tembam?" pastu dipesannya kat aku "lenkali tahan beri sampai 4 tahun plak!" bertambah comel la muka aku pastu sebab tahan beri + tahan gelak.. boleh bayangkan tak? hahaha

Sunday, January 24, 2010

Wakenabeb

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Tadi 'ter'tengok rancangan Wakenabeb kat TV.. adik sepupu aku yang lelaki form 1 bukak.. so, 'ter'layan gak jap.. tadi ulangan episod kenakan Lan Pet Pet Senario.. dorang buat-buat curi kereta si Lan.. macam nak gila aku tengok si Lan tuh..

Isk.. tujuan aku post entri ni bukan sebab nak promote rancangan tuh.. aku sangat tak suka tengok Wakenabeb.. menyakitkan hati.. tak kesian kat orang langsung.. kenakan orang sampai menangis.. boleh plak bersuka-ria atas kesedihan orang lain.. bodoh betul!

So, aku warning korang awal-awal, jangan nak ngade-ngade nak kenakan aku macam rancangan Wakenabeb tuh.. aku kalo dah marah memang bukan jadi orang dah! kalo level panggilan hangit tuh boleh terima lagi.. tapi kalo Wakenabeb memang lepas ni aku tak cakap dah dengan orang yang bagi idea nak kenakan aku tuh!

Okeh, takmo serius sangat.. aaahhh.. aku tengah jatuh cinta skang.. pada siapa? Jeng Jeng Jeng!













Pada watak Hwang Tae Kyung (nama sebenar Jang Geun Suk) dalam drama You're Beautiful.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila cool mamat tuh! Che Ah! ang da tengok lom? cool nak mati laaaa dia tuh.. taste aku tuh! ahahaha! boleh gila bila tengok kerap-kerap~





 

Thursday, January 21, 2010

FYP

Tension tension tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak paham ape nak buat dengan projek aku!

Rasa nak give up je...

Ya Allah bantulah hambamu ini..

Tuesday, January 19, 2010

Sabtu dan Ahad Yang Menyibukkan

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Entry ini disiarkan secara langsung dari email ya ibu-ibu bapak-bapak! Kerna di kolej kediamanku ini, ngga bisa di posting melalui blogger.. pada Sabtu dan Ahad yang lalu aku dan teman-teman telah melalui hari yang memenatkan setelah melakukan aktiviti-aktiviti yang mengujakan.. Ya, apalagi yang ditunggu? Yuk kita liat apa yang telah berlaku pada kami..

Aktiviti 1

Hari : Sabtu
Waktu : 11.30 pagi - 7.30 petang
Lokasi : Kampung Seriab, Kangar, Perlis, Malaysia
Aktiviti : Memancing di sungai sambil memancing di jalanan sebagai aktiviti sampingan
Bilangan peserta : 5 orang

Pada jam 10.40 pagi 3 biji motorsikal 4 lejang telah berjaya dihidupkan dan digerakkan menuju ke lokasi. Sebelum tu, kami singgah ke kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong kelaparan. Selepas selesai makan, kami menyambung perjalanan ke kedai ikan peliharaan untuk mendapatkan umpan yang dikehendaki. Setibanya di rumah tok aku, aku terus mengumpul joran yang ada dan bergerak ke destinasi pemancingan bersama-sama Azu, Diana, Mirah dan Ann dan dua orang buah hati pengarang jantungku In dan Thirah..

Aktiviti pemancingan dimulakan sejurus tiba di kawasan yang bersesuaian iaitu di bawah fly over dimana mengalirnya sungai yang telah menyaksikan kehandalanku pada minggu sebelum itu.. dah tengah hari baru nak mancing, semua yang lalu-lalang pandang kitorang macam orang tak siuman.. aku orang pertama yang menaikkan ikan walaupun hanya seekor lampam bersaiz S.. better dari Azu dan Diana yang hanya dapat ikan lampam bersaiz XXS kan? hahaha.. pada pukul 2.30 kami beransur pulang memandangkan takde ikan yang sangkut pada mata kail.. mungkin ikan-ikan tersebut balik rumah sembahyang zohor teka kami..

Selepas berehat dan menjamu selera serta solat Asar, kami meneruskan misi memancing di port lain pulak.. kali ini, aku sekali lagi berjaya menaikkan seekor anak puyu juga bersaiz S.. Cuma aku dan Mirah je yang bernasib baik pada sebelah petang.. dan Ann masih tak berjaya mendapat apa jenis ikan sekalipun sejak tengah hari.. Tiupan angin yang agak kencang walaupun takdela sangat kencang berjaya menghasilkan ombak halus pada permukaan air.. itu antara sebab ikan tidak termakan umpanan kami yang aku rasa agak lazat dan yummy..


Kesimpulannya kami sangat enjoy dan excited dengan aktiviti tersebut dan bercadang untuk kembali melakukan aktiviti tersebut pada minggu-minggu yang akan datang dengan pertambahan bilangan peserta.. Aku rasa patut amik yuran pendaftaran plak nanti.. ada untung sikit kan? hahaha













Aktiviti 2

Hari : Ahad
Waktu : 9 pagi - 6.30 petang
Lokasi : Sempadan Malaysia-Thailand dan Gua Kelam, Perlis, Malaysia
Aktiviti : Berjalan-jalan shopping dan makan-makan picnic serta shooting (pergh!)
Bilangan peserta : 7 orang
Bajet : RM210 - kutipan RM30 setiap orang

Seawal 6.30 pagi (mungkin kot) ada yang dah bangun dan merebus sosej-sosej yang bakalan dijadikan bekalan untuk picnic di Gua Kelam.. aku sakit perut so tak dapat nak tolong.. Pada 8.40 pagi semua dah berkumpul dan bergerak ke kenderaan masing-masing iaitu kereta Amir dan kereta sewa uncle Z (kekasih gelapku kata si Azu).. gerak dalam pukul 9, isi minyak RM15 setiap kereta dan terus menuju ke destinasi Wang Kelian. Aku, Mirah dan Tok satu kereta dan yang lain-lain masuk kereta Amir.. Aku jadi co-pilot jek sebab DILARANG dan DITEGAH untuk drive ke Wang Kelian.. very dangerous for new license holder like me.. new-new pun dah lebih setahun gak..

Bila sampai di kaki bukit memang terbukti PENGHARAMAN pemanduan ke atas aku memang patut sebab dia punya naik bukit memang terpacak wa cakap lu! kitorang pakai gear 2 je naik.. gear 3 memang merangkak.. gear 4 boleh mati enjin kan Tok? ehem-ehemmmm..

Sampai je Wang Kelian, semua excited nak masuk Thailand.. dan ada satu statement terharu telah dikeluarkan berbunyi macam ni..

'eh, dengar ni semua! ni first time saya pegi luar negara..'

Memang excited habis la si pengeluar statement dan juga semua yang ada.. lepas check in IC kat kaunter imigresen Malaysia , terus masuk border Thailand dan jalan-jalan tengok-tengok barang.. hasilnya aku terbeli sepasang kasut berharga 100 baht dan sebiji kuali kecil berharga 600 baht.. oh, tak lupa ikan bilis goreng tom yam berharga 1600 baht sekilo (aku beli 400 baht je untuk 250 gram).. dalam pukul 2 petang masuk ke Malaysia semula dan meneruskan rencana bershopping di bahagian peniaga Malaysia plak.. bila dah lapar, terus masing-masing malas nak jalan..

Decide nak makan kat Taman Negeri Perlis je untuk picnic sebab dekat, tapi cancel bila tengok kena bayar dan semacam je tempat tu (kalo nak berpicnic tak sesuai).. So cari masjid terdekat, solat Zohor dan terus ke Gua Kelam.. aktviti melantak dijalankan serta-merta bila dah dapat port untuk duduk.. takde yang nak mandi coz ramai sangat orang, so aktiviti shooting dijalankan kat batu-batu bukit dan gua kecil yang berhampiran.. kemudian proceed ke kaunter perkhidmatan kereta api ke dalam gua.. masa tu dah pukul 5.15 dan tempat tu tutup pukul 5 petang.. bukan rezeki kami agaknya, jadi kami teruskan aktiviti shooting sebelum gerak balik ke kolej kediaman..

Overall, it was fun dan best! lepas ditolak-tolak duit minyak, makanan, parking dan perbelanjaan berkaitan, cuma RM140 digunakan untuk aktiviti pada hari tersebut (tak termasuk perbelanjaan persendirian).. memang berbaloi!!! err ada pic yang aku attach tapi taktau boleh ke tak masuk dalam entry sebab tak pernah try pakai mail.. nanti bila dah dapat berukband aku edit balik..

Till then, enjoy your day!!!


























Sunday, January 17, 2010

List Of Things To Do

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Things to do:

  • Biochemistry lab report - must submit tomorrow
  • Biochemistry tutorial - anytime the lecturer's decide to collect
  • FYP - must meet En. Hanafi (sv) on Wednesday
  • Accounting assignment - submission on Friday

Things done :

  • NONE

Progression :

  • NONE

Current condition :

  • Staring at the monitor, trying to sort things out
  • Skyp-ing with Tok in Thai language
Result :

  • Only Thai studies is done!
[10:30:08 PM] Tok: คุณไม่สามารถแข่งขันในประเทศไทยผมพูด

[10:31:35 PM] |m|@|G|n|e|T|i|Z|e|+|m|A|u|s|O|L|e|U|m|: คุณ คิด ว่า เพื่อ?


[10:33:18 PM] Tok: ดังนั้น คุณ คิด ว่า คุณ สามารถ เต้นรำ


[10:35:30 PM] |m|@|G|n|e|T|i|Z|e|+|m|A|u|s|O|L|e|U|m|: โธ่ ฉัน จริงๆ สามารถ เต้นรำ ฉัน ไม่ คิด ว่า คุณ สามารถ ทำ เช่น เดียวกัน


For translation, please refer to Google Translate

Saturday, January 16, 2010

Untung Jadi Lelaki

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Penat naik turun tangga kat residential college nih.. minggu nih aku da start blajar control pernafasan.. maybe akhir bulan ni aku da boleh jadi macam stacy lompat-lompat time perform kat stage.. nanti boleh test time birthday aku, wat concert cam Datuk Siti.. tadi siang aktiviti baekkk punya pi memancing kat sungai.. err esok aku citer.. tunggu pics dari Azu

Malam ni je da 3 kali naik turun tangga.. last skali baru 30 minit yang lepas, pi draw duit buat bekalan nak pi Wang Kelian esok.. time balik, lepak layan perasaan jap kat bangku bawah blok.. ternampak sepasang student baru balik.. lelaki drive tapi parking kat blok pompuan.. sah-sah die bawak kete awek die..

Tiba-tiba terfikir, untung jadi lelaki.. yang hensem awek berebut-rebut, terkejar-kejar.. kalo yang muka biasa-biasa stock pelakon tambahan pon ade awek tergila-gila sampai main tarik-tarik rambut, sepak terajang sume kat skolah.. dah banyak choice, mesti nak rembat awek yang ada rupa, ada harta.. kau punya moto EX5 turun temurun dari zaman abang kau study pon takpe.. awek kau ada kereta buatan Malaysia, cikai-cikai pun Kancil sebiji..

Kau takde duit, ayat sikit, awek kau kasi dengan senang hati.. Assignment tak siap, wat muke toya sikit dengan awek, esok jugak boleh submit.. tak study untuk test, dok sebelah awek, sure jawapan penuh kertas A4.. Pendek kata memang kau untung jadi lelaki..

p/s: Ergh. Bukan tak bersyukur jadi perempuan, cuma jeles jek. Nape takde lelaki yang baik cam pompuan? oh, baik okeh. bukan lembik dan lembut~