Thursday, October 28, 2010

Rindu

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Bila kerja semakin bertambah dan seperti tiada penghujungnya, otak mula berkira-kira sampai bila aku perlu bermati-matian bekerja sedangkan ada yang kerjanya biasa saja tetapi protesnya tak pernah putus. Ya, bukan rasa dunia ini tak adil atau whatsoever tapi terfikir kenapa aku tak seperti mereka, tak perlu fikir banyak, tak perlu korbankan waktu rehat dan hari minggu untuk bekerja. Yang paling penting, dengki mendengki itu perlu ada. Nampak saja orang tu tercongok kat depan PC bidas kasi extra pedas. Begitu baru puas hati ye dak? 

Ungkit mengungkit tu agenda utama. Kalau tak mengungkit bukan orang melayu gamaknya. Kalau tak dengki bukan orang melayu namanya? Ya.. Aku melayu juga. Kadang-kadang ada rasa tamak. Ada rasa iri. Ada rasa dengki. Bukan nak cakap aku melayu yang bagus. Aku pun sama saja dengan melayu lain. Ada waktu mengular. Ada waktu menipu. Tapi aku cuma berpegang pada satu prinsip, buat hal sendiri. Jangan sibuk hal orang. Jaga hati orang, jangan sampai orang tak suka pada kita.

Tapi manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Tak boleh tengok orang lebih sikit, sibuk mencari kesalahan nak jatuhkan orang. Kenapa tak buat hal sendiri saja? Padahal si polan tu tak ada pun londeh seluar atau kain kau dan canang kat semua orang bontot kau berbisul. Apasal kau tak boleh duduk diam-diam dan buat kerja kau?

Terkenang waktu masih bergelar pelajar. Happy dengan kawan-kawan. Tak ada siapa nak dengki. Setakat gosip liar pepagi tak pun memalam tu standard la.. Paling best waktu pagi kalau ada kelas pukul 8 pagi, pukul 8 pagi baru nak keluar bilik (agak-agak malas bangun, ponteng je~). Hidupkan motor, dan memecut ke kelas. Janji sampai dan hadir. Sampai kat trafik light jumpa coursemate yang sama-sama lambat. Masuk kelas tak ada yang nak mengadu lecturer si polan si polan ni datang lambat sebab malam tadi dia marathon drama Korea atau dia main DOTA.

Tabiat datang lambat dan melengah-lengahkan masa patut dibuang jauh-jauh. Pesanan dari Darkk harus mula dipraktiskan bersama ye tak? haihhh.. Antara belajar dan bekerja, bekerja lebih penat. Schedule memang dah fix masuk pukul 8 keluar pukul 5. Kalau pergi kelas, walaupun schedule kelas pukul 8 sampai 10 tapi kelas start 8.15 atau 8.30 dan tamat pukul 9.30 biasanya. Rindu masa bergelar pelajar. Rindu pada dewan kuliah. Rindu pada bau kilang lama yang diubahsuai kepada makmal-makmal kecil. Rindu pada pensyarah yang sporting. Rindu pada segala-galanya kecuali exam dan FYP. Yeaahhh.. Those two memang aku tak rindu langsung.. Haha

p/s: susah cari duit ni.. siapa cakap senang? kerja dari 8 pagi sampai 11.30 malam, siapa cakap enjoy? stress wooo.. stress

2 comments:

  1. biasalah manusia.
    eh. tapi kalau manusia takda yang tak puas hati dengan orang. tak sedap juga. kata hidup beramai ramai. normal la tuu.

    ada kerja ada gaji. bila nak belanja?

    ReplyDelete
  2. eh. normal tu kadang2 sangat menyakitkan hati..

    eh. macam mana nak belanja.

    jarak memisahkan kita.. kehkehkeh

    ReplyDelete