Sunday, October 7, 2012

Sempurna

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Tak ada manusia yang sempurna. Mungkin kita nampak hebat pada luaran, tapi sebenarnya pasti ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidup kita. Jadi tak salah kalau kita saling mengingatkan. 

Ceritanya senang saja. Kita ni kalau bercakap, haruslah fikir-fikir dan tapis sikit. Contohnya, kalau awak tu seorang pegawai a.k.a bos, bila ada waktu anak buah awak ada kesusahan, tak banyak yang diaorang harapkan dari awak sebenarnya. Hanya mengharapkan awak cuba memahami keadaan mereka.

Tak ada sesiapa yang menjangka, kesusahan tu akan datang dengan tiba-tiba. Kalau diaorang dah tahu, pasti diaorang akan cuba elakkan dari menyusahkan orang lain. Kalau ya pun awak bos, apa awak fikir awak dah cukup kebal? Tak ada kecelakaan yang akan menimpa awak?

Jadi, kita manusia ni harus selalu beringat. Allah kalau nak uji kita bila-bila masa saja. Sebelum giliran kita tiba, jangan rasa orang yang ditimpa kecelakaan tu menyusahkan atau membebankan awak atau orang lain. Awak tak akan tahu bila pulak, awak akan rasa apa yang dia rasa. Jangan pulak bila awak dah susah, nak marah orang tak cuba nak faham kesusahan awak. Sedangkan masa orang lain susah, awak tak peduli langsung keadaan dan perasaan diaorang.

We are not PERFECT!

1 comment:

  1. agreed!!kadang2 pangkat buat manusia angkuh dan bongkak!

    ReplyDelete