Thursday, March 11, 2010

Peraturan : Tidak dibenarkan bergaya untuk ke kelas

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Macam biasa, hari Rabu aku kena pergi lab jumpa hencek SV. Tunjuk apa yang patut, tunggu dijatuhkan hukuman kalau ada yang tak kena. Gila relax sangat sampai method nak run project pun belum jumpa. Harapan tinggi menggunung nak dapat A, nak grad sama dengan kawan-kawan. Tapi habuk pun susah nak jumpa. Pergh.

Ah. Malas nak cerita part FYP. Moga aku bakal menemukan jalan kebenaran. Itu je harapan dan doaku. Aamin.

Okay, cukup. Bukan nak cakap pasal FYP di sini hari ini. Tapi disebabkan peristiwa yang bakal diceritakan berlaku semasa perjumpaan FYP dengan hencek SV, maka sedikit terkeluar dari tajuk. Kembali ke niat asal.

Amaran: Cerita ini bukan ditulis dengan niat perasan atau untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar meluahkan pendapat dan perasaan agak tidak puas hati dengan teguran seseorang.

Buat para pembaca (banyak la para..sape ntah yang nak baca) yang tersesat ke sini, selamat membaca. Dah-dah. Okay, rasanya korang yang membaca ni (walaupun ada sorang-dua je) mestilah student macam aku. Tak pun penah jadi student. Persoalannya, korang ada baca tak buku peraturan pelajar part etika pemakaian ke kelas? 

Kalau tanya aku, aku rasa aku pernah baca. Rasa je. Maybe masa sekolah dulu. Maybe masa kat uni skarang. Tak ingat plak. Tapi nak tanyalah, ada ke dalam buku peraturan tu cakap tidak dibenarkan bergaya untuk ke kelas? Ada? Err, rasanya takde sapa nak jawab. Meh aku jawab sendiri. Takde. Kot. Heh

Okay. Alkisahnya masa nak pergi lab, time nak siap, bukak locker tengok baju mana yang nak pakai. Ada la dua tiga helai baju. Dah nama pun dua tiga helai, pilih satu-teringat minggu lepas dah pakai pada hari yang sama time jumpa SV. Okay, pilih lagi satu, try on-macam singkat plak lengan dia. Lagi satu, baju hitam. Gila apa tengah panas terik merempit pakai baju hitam. Tengok baju yang lain macam baju nak pergi jalan-jalan makan angin plak. Mana pergi t-shirt aku lagi pun tak tau.

Last-last decide pakai inner dengan jaket jeans je. Seluar plak, sarung jeans jugak. Shawls lilit sekali pastu sarung jaket. Habis citer. Simple je. Kasut, pakai sandal beli kat Wang Kelian murah-murah tapi cantik bergaya. Niat sebenar, berpakaian simple sebab takde baju nak pakai. End.

Sampai bawah nak pergi amik motor, seseorang ni tegur aku. 'Cantik jaket hang.' Aku diam je. Tadi cakap takut hencek SV mad sebab lambat. Tak kuasa aku nak beramah mesra bila dah warning aku macam aku je yang selalu lambat. Pecut motor lebih kurang. Bawak muatan ni bahaya nak buat aksi Remp-It lebih-lebih. Anak orang tu. Jadi apa-apa sape nak jawab. End.

Sampai lab, ushar line, hencek SV tengah busy discuss dengan SV-SV lain. Beberapa orang coursemate tengah busy run FYP masing-masing. Sementara menanti hencek SV, sempat berlegar-legar di dalam lab mencuri perhatian seorang-dua coursemate. Mengeratkan silaturrahim namanya.

Tiba-tiba seseorang itu menegur aku lagi. Aku pun tak ingat ayat dia. Maybe 'Cantik jaket hang' atau 'Bergaya hang hari ni'. Memang tak ingat. Yang aku ingat aku balas balik 'Ni je baju yang aku ada hari ni. Taktau nak pakai apa dah..'

Seseorang itu membalas lagi 'Pakai yang biasa-biasa sudahla.. bergaya sangat ni'. Aku start tak puas hati. Masih menekankan jawapan yang sama kot-kot dia tak faham ayat aku awal tadi. 'Loh.. ni je baju yang aku ada hari ni.. nak pakai baju biasa-biasa apa lagi.. ni dah biasa la ni'. Pergh. Part mana dia tak puas hati pun aku tak tau. End.

Okay, persoalannya sangat tidak wajarkah aku pergi jumpa SV je pun pakai seluar jeans dengan jaket jeans? Pergh. Tak puas hati. Hencek SV tak de plak tegur aku 'Awak ni macam Rock Star plak hari ni. Semua nak jeans'. Sumpah takde.
 
Okay. Inilah gaya Rock Star yang tak Rock dan tak Star langsung yang aku pakai semalam.

Kasut Wang Kelian murahan bersama jeans free yang di'pau'. Sila abaikan kaki yang kehitaman itu. Hitam itu menawan kot.

Jaket jeans Esse One sales City Plaza Alor Star bersama cebisan shawl hijau lumut yang dipakai.

Gabungan jaket dan seluar jeans murahan. Abaikan ketidakserasian warna alam itu. 

Apa macam? Inikah yang dinamakan bergaya? Pergh. Agak-agak boleh masuk bakal artis baru paling bergaya dalam TOP 10 HIP TV kat TV9 ke? Ceh.

No comments:

Post a Comment