Wednesday, March 24, 2010

Keranamu


Distraction membuatkan aku hilang koordinasi otak. Perkara ini mungkin akan meninggalkan kesan yang serius pada diri aku sendiri, orang sekeliling atau harta benda aku. Pernah, masa tengah drive, fikiran aku bercelaru pasal BBQ. Akibatnya hampir saja aku terlanggar divider dan kemudian enjin kereta aku mati di tengah-tengah traffic light.

Hari ni, fikiran aku bercelaru lagi sebab ada 'date' dengan 'dia'. Printer pulak buat hal time-time kritikal aku nak print document untuk dibawa semasa 'date' nanti. Sambil mata memandang printer, tangan ligat menggosok shawls untuk dipakai.

Esok-esok kalau nampak aku pakai shawl yang ada burnt mark macam pic kat atas ni, jangan tanya kenapa. Aku dah bagitau kat sini. Semuanya kerana 'dia' yang aku cakap malam tadi. 
Kerana dia...

p/s: Identiti 'dia' dirahsiakan.. tapi kepada sesiapa yang tahu kisah aku, pasti tahu siapa 'dia' yang dimaksudkan.

No comments:

Post a Comment