Tuesday, January 19, 2010

Sabtu dan Ahad Yang Menyibukkan

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Entry ini disiarkan secara langsung dari email ya ibu-ibu bapak-bapak! Kerna di kolej kediamanku ini, ngga bisa di posting melalui blogger.. pada Sabtu dan Ahad yang lalu aku dan teman-teman telah melalui hari yang memenatkan setelah melakukan aktiviti-aktiviti yang mengujakan.. Ya, apalagi yang ditunggu? Yuk kita liat apa yang telah berlaku pada kami..

Aktiviti 1

Hari : Sabtu
Waktu : 11.30 pagi - 7.30 petang
Lokasi : Kampung Seriab, Kangar, Perlis, Malaysia
Aktiviti : Memancing di sungai sambil memancing di jalanan sebagai aktiviti sampingan
Bilangan peserta : 5 orang

Pada jam 10.40 pagi 3 biji motorsikal 4 lejang telah berjaya dihidupkan dan digerakkan menuju ke lokasi. Sebelum tu, kami singgah ke kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong kelaparan. Selepas selesai makan, kami menyambung perjalanan ke kedai ikan peliharaan untuk mendapatkan umpan yang dikehendaki. Setibanya di rumah tok aku, aku terus mengumpul joran yang ada dan bergerak ke destinasi pemancingan bersama-sama Azu, Diana, Mirah dan Ann dan dua orang buah hati pengarang jantungku In dan Thirah..

Aktiviti pemancingan dimulakan sejurus tiba di kawasan yang bersesuaian iaitu di bawah fly over dimana mengalirnya sungai yang telah menyaksikan kehandalanku pada minggu sebelum itu.. dah tengah hari baru nak mancing, semua yang lalu-lalang pandang kitorang macam orang tak siuman.. aku orang pertama yang menaikkan ikan walaupun hanya seekor lampam bersaiz S.. better dari Azu dan Diana yang hanya dapat ikan lampam bersaiz XXS kan? hahaha.. pada pukul 2.30 kami beransur pulang memandangkan takde ikan yang sangkut pada mata kail.. mungkin ikan-ikan tersebut balik rumah sembahyang zohor teka kami..

Selepas berehat dan menjamu selera serta solat Asar, kami meneruskan misi memancing di port lain pulak.. kali ini, aku sekali lagi berjaya menaikkan seekor anak puyu juga bersaiz S.. Cuma aku dan Mirah je yang bernasib baik pada sebelah petang.. dan Ann masih tak berjaya mendapat apa jenis ikan sekalipun sejak tengah hari.. Tiupan angin yang agak kencang walaupun takdela sangat kencang berjaya menghasilkan ombak halus pada permukaan air.. itu antara sebab ikan tidak termakan umpanan kami yang aku rasa agak lazat dan yummy..


Kesimpulannya kami sangat enjoy dan excited dengan aktiviti tersebut dan bercadang untuk kembali melakukan aktiviti tersebut pada minggu-minggu yang akan datang dengan pertambahan bilangan peserta.. Aku rasa patut amik yuran pendaftaran plak nanti.. ada untung sikit kan? hahaha













Aktiviti 2

Hari : Ahad
Waktu : 9 pagi - 6.30 petang
Lokasi : Sempadan Malaysia-Thailand dan Gua Kelam, Perlis, Malaysia
Aktiviti : Berjalan-jalan shopping dan makan-makan picnic serta shooting (pergh!)
Bilangan peserta : 7 orang
Bajet : RM210 - kutipan RM30 setiap orang

Seawal 6.30 pagi (mungkin kot) ada yang dah bangun dan merebus sosej-sosej yang bakalan dijadikan bekalan untuk picnic di Gua Kelam.. aku sakit perut so tak dapat nak tolong.. Pada 8.40 pagi semua dah berkumpul dan bergerak ke kenderaan masing-masing iaitu kereta Amir dan kereta sewa uncle Z (kekasih gelapku kata si Azu).. gerak dalam pukul 9, isi minyak RM15 setiap kereta dan terus menuju ke destinasi Wang Kelian. Aku, Mirah dan Tok satu kereta dan yang lain-lain masuk kereta Amir.. Aku jadi co-pilot jek sebab DILARANG dan DITEGAH untuk drive ke Wang Kelian.. very dangerous for new license holder like me.. new-new pun dah lebih setahun gak..

Bila sampai di kaki bukit memang terbukti PENGHARAMAN pemanduan ke atas aku memang patut sebab dia punya naik bukit memang terpacak wa cakap lu! kitorang pakai gear 2 je naik.. gear 3 memang merangkak.. gear 4 boleh mati enjin kan Tok? ehem-ehemmmm..

Sampai je Wang Kelian, semua excited nak masuk Thailand.. dan ada satu statement terharu telah dikeluarkan berbunyi macam ni..

'eh, dengar ni semua! ni first time saya pegi luar negara..'

Memang excited habis la si pengeluar statement dan juga semua yang ada.. lepas check in IC kat kaunter imigresen Malaysia , terus masuk border Thailand dan jalan-jalan tengok-tengok barang.. hasilnya aku terbeli sepasang kasut berharga 100 baht dan sebiji kuali kecil berharga 600 baht.. oh, tak lupa ikan bilis goreng tom yam berharga 1600 baht sekilo (aku beli 400 baht je untuk 250 gram).. dalam pukul 2 petang masuk ke Malaysia semula dan meneruskan rencana bershopping di bahagian peniaga Malaysia plak.. bila dah lapar, terus masing-masing malas nak jalan..

Decide nak makan kat Taman Negeri Perlis je untuk picnic sebab dekat, tapi cancel bila tengok kena bayar dan semacam je tempat tu (kalo nak berpicnic tak sesuai).. So cari masjid terdekat, solat Zohor dan terus ke Gua Kelam.. aktviti melantak dijalankan serta-merta bila dah dapat port untuk duduk.. takde yang nak mandi coz ramai sangat orang, so aktiviti shooting dijalankan kat batu-batu bukit dan gua kecil yang berhampiran.. kemudian proceed ke kaunter perkhidmatan kereta api ke dalam gua.. masa tu dah pukul 5.15 dan tempat tu tutup pukul 5 petang.. bukan rezeki kami agaknya, jadi kami teruskan aktiviti shooting sebelum gerak balik ke kolej kediaman..

Overall, it was fun dan best! lepas ditolak-tolak duit minyak, makanan, parking dan perbelanjaan berkaitan, cuma RM140 digunakan untuk aktiviti pada hari tersebut (tak termasuk perbelanjaan persendirian).. memang berbaloi!!! err ada pic yang aku attach tapi taktau boleh ke tak masuk dalam entry sebab tak pernah try pakai mail.. nanti bila dah dapat berukband aku edit balik..

Till then, enjoy your day!!!


























2 comments:

  1. best dok gua kelam? tak pernah singgah lagi ni.

    apsal nama pokok teruna semalam? semalam ja ka teruna? kih.

    ReplyDelete
  2. Kuwe:

    Gua Kelam? ok la..

    Interesting la bila masuk,cuma I takut gayat je walaupun die punye jambatan bukan jambatan gantung, die punye goyang boleh tahan gakla..

    nama pokok teruna semalam? nampak tak kegunaan die?

    menambah tenaga kaum lelaki..

    semalam ja teruna, hari ni dah tak teruna.. baru tau tenaga tu cukup ke tak sebab dah test power. kih kih

    ReplyDelete