Wednesday, August 22, 2012

Bukan Cerita Raya

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Walaupun tajuk dah terang-terang bertaip bukan cerita raya, tapi dah sah-sah sekarang musim raya, jadi mula-mula haruslah nak ucapkan Salam Aidilfitri dan mintak maaf pada sesiapa yang terasa dengan perbuatan atau pertuturan aku yang menyakitkan hati kalian.

Ok. Let's move on. Hari ni raya ke-4, aku dah mula kerja. Walaupun raya tu penting, tapi duit pun penting jugak. Tak ada duit, tak raya jawabnya. Bila dah ada duit, bila-bila pun boleh raya. Boleh camtu??? Abaikan.

Oleh kerana empat per lima (baca:4/5) daripada isi pejabat (baca:staf) masih bercuti, maka walaupun ada kerja yang perlu disiapkan, tangan ni tak mahu dengar cakap pulak. Macam-macam yang dicapai, kecuali fail kerja. Harap bersabar.

Yang kat atas tu semua mukadimah. Hahaha. Sebenarnya nak cakap pasal satu kekdah (baca:kaedah) tarian beramai-ramai yang pada mulanya ditunjukkan oleh rakan sekerja aku. Sila ambik perhatian, ini adalah tahun lepas punya kejadian. Al-maklum orang tua (umur dia 30 tahun, tapi anggap je dah tua..) baru nak belajar teknologi ni memang lain macam sikit. 

Al-kisahnya orang tu (lupa bagitau jantinanya lelaki) minat sangat dengan Black Eyed Peas. Jadi bila tak ada delivery nak kena buat, dia akan search video-video B.E.P di Youtube dan menghadap TV sampai habis kerja. Ada satu video rancangan Oprah Chicago menampilkan<--tudiaaaa bahasa jiwa bangsa~ B.E.P dengan lagu I Gotta Feeling (kalau tak salah.. kalau rajin cuba search sendiri!). Dah sampai tengah-tengah show tetiba crowd mula menari-nari dengan gerakan serentak. 

Boleh expect tak muka orang yang kagum (baca:jakun) bila tengok video tu??? Dia punya excited, sampai panggil-panggil semua orang suruh tengok crowd kat dalam video tuh menari.. Aku pun siap terharu tengok peminat-peminat B.E.P yang sangat awesome tuh. 

Ok. Rasa macam penat je menaip. Dipendekkan cerita cuma nak bagitahu. Betapa bangangnya aku siap terharu bagai lepas tengok video tu. Ha??? Bangang kat mana?? Meh nak bagitau. Bangang sebab tak tahu wujudnya pergerakan/persembahan yang diberi nama Flashmob. Boleh??? (sila lempang screen kalian laju-laju). 

No comments:

Post a Comment