Saturday, November 13, 2010

Warkah Buat Dydan

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Seharian terperuk di rumah memang bosan. Tambah-tambah bila kena menyental lantai di bilik yang masih belum dibersihkan dari sisa-sisa kotoran tinggalan banjir. Alhamdulillah banjir dalam rumah dah surut, tinggal saki-baki air di belakang rumah yang masih degil tak nak berambus. Barang-barang dalam rumah toksah cakap la.. dia punya bersepah, lebih dari tongkang pecah dah.

Gaji pun alhamdulillah dah selamat, cuma hutang-hutang ada yang belum langsai. Bayar secara ansuran. Heheh. So pantang-pantang pun kira dah habis. Dydan, kalo kamu baca entry ini ku mao kasitau, pantang itu adalah perkara yang ngga boleh disebut, atau dibangkitkan. Paham sudah?

Tadi petang Dydan call mengadu bosan. Saturday night katanya takkan duduk rumah saja. Aku kalau boleh bukan setakat Saturday night, every night pun tak kisah kalau boleh keluar, aku redah saja. Tapi almaklum lah nama pun wanita (cewah!) jadi kata orang tu tak elok keluar malam.. *sambil mengenyitkan mata (faham-faham sendiri la)*

Oh tadi Dydan ada jugak bertanya sama ada aku dah tengok belum movie nasi lemak 50 sen. Hampeh, pengaruh-pengaruh kurang bermoral ni dah sampai ke Brunei. Jadi pesanan untuk kamu Dydan: Jangan selalu pandang nasi lemak 50 sen yang itu ya! Bahkan nasi lemak satu ringgit atau lebih pun jangan di pandang. Bahaya tuch kamu asyik mikirin nasi lemak saja. Cuba dech fikir roti canai atau yang lain. Haihhh~

 Image credit to Google

p/s: pesanan buat Hiro & Frodo jugak. jgn slalu ushar nasi lemak yang itu. haha~

3 comments:

  1. err. roti canai? udah.. dah pikir lain pulak ni.


    tak senonoh.hahaha.

    ReplyDelete
  2. perghh.. nape la rajin mikir ke lain..

    mikir ke makanan cukupla.. isk2..

    ReplyDelete