Sunday, November 10, 2013

AKU DIA DAN SMS

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Alahai.. susah betul laaa dapat superior yang skema ala pengawas sekolah ni kan.. (~.~)

Patut tak memalam minggu gini SMS pasal nak kena prepare souvenir untuk tetamu yang nak datang rabu nanti? Tak sempat-sempat nak tunggu esok plak. Tak ke stress kau elok-elok tengah santai tengok drama? 

Kot iya pun, macam kan aku nak pi beli souvenir ini malam juga? Arghhhhh stresss dowhhh...

Sunday, September 1, 2013

Condolence

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Just a few days ago terdengar khabar sedih mengenai ibu kenalan yang telah terputus hubungan. Rupa-rupanya ibunya telah kembali ke rahmatullah. Kasihan. He lost his father during primary school so I know his mother was everything to him. I used to think that there is nothing left to say between us, but since he lost that very special someone yang tiada tara di dunia ini, rasa serba salah menghimpit aku. So I cuba menghubungi dia untuk ucapkan takziah. Harap dia dapat terima keikhlasan ini yang tidak mengharapkan sebarang balasan. InsyaAllah...

Tuesday, May 21, 2013

Hilang

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Lama tak singgah di sini. Macam biasa, bukanlah sibuk mana pun, tapi tak tahu apa yang harus dikongsi. Sebab perjalanan hidup ni masih berputar pada paksi yang sama. Tak banyak yang menarik melainkan umur yang makin meningkat.

Kadang-kadang hidup rasa kosong sebab sememangnya ada kekosongan di ruang hati yang belum diisi. Dan seperti penantian dalam mendapatkan kerja tetap yang masih belum berakhir, begitu juga pencarian cinta yang masih tak ada penghujung.

Abaikan tajuk kerja tetap dan cinta. Rasanya aku akan kembali berkongsi cerita-cerita yang berlaku walaupun kisahnya taklah seindah drama. Maaf kiranya ada yang kurang senang, atau bosan dan rasa rugi sebab tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni. Sedikit sebanyak mungkin rasa tak berbaloi.

Peace!!!

Sunday, December 30, 2012

Selamat

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hari ni dah 30 Disember, tinggal sehari lagi untuk kita lalui dalam tahun 2012. Bila dah masuk tahun 2013, tinggal beberapa hari sebelum umur aku bertambah lagi setahun.. Tapi sebelum tu, hari ni adalah birthday Dydan.. Hampir terlupa sebenarnya. Nasib baik masa tengah menulis tarikh kat laporan, teringatkan dia..

Dengan segera mencapai handphone dan menaip ucapan selamat untuk Dydan. He's a precious friend to me.. so di sini, aku ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Delni Yurdani Ukma (Dydan). Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

I'm grateful to know someone like you, to have you as my friend. HAPPY BIRTHDAY DYD!!! (^^,)

Friday, November 2, 2012

Canggih

Bismillahirrahmaanirrahim...

Orang blogging via smartphone, aku pun nak jugak. Akhirnya dah seminggu publish post, tak keluar-keluar kat blog. Nak delete pun tak reti.

Penat kot duk review kemain lagi. Hmphhh ~