Saturday, September 26, 2009

放弃 (Fàng Qì)

Bismillahirrahmaanirrahiim...


SALAM AIDILFITRI buat semua yang sudi singgah di sini.. MAAF  andai segala tingkah laku atau pertuturanku telah mengguris hati kalian..

Macam biase.. raye aku takde ape yang meriah.. Raye pertama, aku jadi driver mak aku je bawak die pegi memane yang die rase nak pegi.. And the rest of raya, aku kat umah je bermalas-malasan di selang ckit dengan kerajinan.. haha.. 

Tapi ade satu benda yang agak lain la pada raya tahun ni.. sebab adik aku ajak member-member die makan kat umah aku tengah hari raya pertama.. Awalnya aku tengah prepare nak masak nasik tomato untuk lunch kami.. Tup-tup adik aku cakap 'kak, Mie ajak kawan Mie makan nasik kat umah kita bley?' 

Aku pon ye kan aje sebab aku nampak ade 3 orang je budak-budak tu kat luar.. so aku pon tambah la sukatan beras dengan kuantiti ayam yang nak di masak.. Tengah khusyuk masak, dengar lagi bunyi moto masuk kawasan umah aku.. eh.. dah ramai plak.. Bila da masak dan hidang, total tetamu aku adelah 6 orang budak-budak underage yang jadi member adik aku.. haha.. Licin nasik tomato aku.. aku yang kebulur ni makan kerak nasik je.. Sadis kan?..

Okla.. cukup kisah nasik tomato.. Ni pasal krisis aku yang dah menggugat ketenangan aku sepanjang sebulan yang lepas plak.. Ingatkan dah settle sebelum raya.. Rupa-rupanya tak settle.. Nyesal sesangat sebab aku berlembut dengan 'dia'.. Sebelum raya aku dapat sms dari dia dengan macam-macam rayuan plus cite sedih la konon yang buat dada aku cam nak meletup..

Almost got tricked by him tapi sebab die penah buat salah, so aku takdelah 100% trust him.. 2 days ago aku check balik tagged and what I saw is totally out of mind.. sebelum ni aku rasa ragu-ragu tentang apa yang patut aku buat.. But now.. I am totally in control and decided to let go.. Fàng Qì.. it means give up.. I am ready to give up.. 

This time around, I decided to give up everything about him.. deleted my tagged account so that I dont have to see him anymore.. deleted his phone number which I never memorize..  Praying that he wont look for me anymore.. Hoping that I could forget everything in an instant.. I'm leaving him for my sake..

Sakitnya pasti ada, tapi ini bukanlah akhir dunia kan? Hidup mesti diteruskan dengan fikiran positif.. Aku bukanlah seorang yang mendapat kerugian kerana melepaskan orang sedemikian, tetapi kamulah yang mendapat kerugian kerana tidak menghargaiku.. Moga Allah S.W.T mempertemukan aku dengan orang yang lebih baik.. Amin~

Saturday, September 5, 2009

10 TIP MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Di sini aku nak berkongsi satu artikel yang aku terbaca kat Kosmo! Online di bahagian Pesona... Tentang tips menjadi pasangan yang baik.. Bukan ape, untuk mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnye.. Kadangkala kita tak terfikir bahawa ape yang kita anggap kebiasaan ataupun 'normal' tu sebenarnya boleh merosakkan hubungan. Cewah! Macam doktor cinta plak aku ni.. Yelah, pengalaman sedikit sebanyak mendewasakan bukan? Aku cuba menjadikan diriku pada hari ini lebih baik dari semalam dan terus berusaha menjadikan diriku pada esok lebih baik dari hari ini. Moga dirahmati Allah S.W.T...

*****************************************


1) Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL

 *****************************************

Di sini sahaja buat kali ini.. Aku masih dalam usaha mencari ketenangan.. Mencari kekuatan hatiku yang telah goyah angkara seseorang yang telah aku berikan kepercayaan tak berbelah bahagi.. Kiranya nanti ada kesempatan, mungkin akan aku coretkan di sini. Di ruang maya ini.. Sekian kali ini.. Wassalam~